Masih gagal mendapat kerusi sejak penubuhannya membuatkan Amanah berada dalam keadaan terdesak untuk menunjukkan prestasi yang baik. Amanah sekarang perlu menang sekali untuk menjadi bukti mereka mampu menyaingi PAS.
Perasaan terdesak ini juga tidak mustahil meletakkan Amanah untuk bertembung kerusi dengan PKR jika mereka perlu. Sebab itu Amanah awal-awal lagi sudah berkira-kira untuk meletak calon bukan sahaja di Kuala Kangsar malahan di Sungai Besar.
Kedudukan PAS yang berada didalam Blok Ketiga membuatkan Amanah semakin tertekan melihat ketenangan yang ada dalam PAS. Malahan kesediaan melawan di kedua-dua PRK jelas tenang bagi pihak BN dan PAS.
Kini ada kemungkinan bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Adun Changkat Jering akan bertanding sekali lagi di tempat yang dia pernah ditewaskan oleh Datuk Rafidah Aziz iaitu Nizar Jamaluddin.
Dengan darah DAP yang mengalir didalam dirinya, Nizar beranggapan puak-puak DAP akan membantunya sekaligus menjadikan Parlimen Kuala Kangsar sebagai kerusi pertama mereka menang diatas tiket Amanah.
Namun sekiranya berlaku pertembungan itu bukan lagi satu perkara mustahil. PKR dan DAP juga ingin menambah kerusi masing-masing. Kalau bercakap atas dasar persefahaman, mana mungkin berlaku pertarungan sesama sendiri di Sarawak?
Mampu atau tidak dan berani atau tidak kita tunggu ketika penamaan calon kelak.
K7L : DAP pun nak letak calon?..
0 ulasan:
Post a Comment