03/11/2017

Zam Macai Mahathir Dilabel Si Tua Yang Meroyan? @RazlanRafii



Meroyan adalah perkataan penyakit ibu mengandung yang tak pandai menjaga pantang larang semasa berpantang.

Penyakit kepada Zam hari ini akibat daripada pantang yang tidak sempurna semasa beliau menjadi Menteri Penerangan. Kejutan budaya yang beliau terima apabila menjadi Menteri telah membawa kepada kesakitan sehingga ke hari ini.

Akibat dari kegagalan beliau semasa menjadi Menteri Penerangan telah membelenggu diri beliau untuk menjadi seorang tua yang baik, jesteru itu beliau gila untuk mencari publisiti dan terus menerus menulis dengan niat mendapat perhatian.

Beliau pernah menyatakan mahu berhenti menulis dan ramai yang menyokong beliau untuk berhenti. Tidak yang memujuk walaupun itu yang beliau kehendaki.

Menjadi manusia kurang ajar menggunakan bahasa “mampus” adalah kepada manusia yang menunjukkan kegagalan beliau dalam kehidupan.

Kalau UMNO bermasalah hari ini, ianya datang daripada pemimpin yang terdahulu, dan ternyata UMNO tidak ada masalah selain daripada ada sejumlah kecil ahlinya yang merajuk kerana tidak mendapat kuasa.

Ala tegar biasa sebuah parti politik lama seperti UMNO mendepani masalah, dan masalah yang datang bukan kali pertama didalam sejarah penubuhan UMNO malah semasa Zaman Zam ada pelbagai krisis yang dihadapi.

Siapa yang masih berada di sebuah kapal akan terus berlayar tanpa ada hentinya demi sebuah perjuangan.

Zam dan rakan-rakan yang sudah turun dan pergi ke kapal lain, umpama mereka yang tewas daripada nafsu diri akibat tidak tahan menahan ombak laut yang bergelora.

Jesteru, manusia gagal seperti Zam tidak layak bercerita soal perjuangan UMNO yang terus menerus menempa kejayaan.

Saya nasihatkan kepada Zam agar berhenti menulis dan munasabah diri, renung kembali kegagalan anda semada menjadi Menteri Penerangan dan jadilah manusia yang menggunakan Pena untuk menuju kejayaan bukanya kegagalan.

Datuk Mohd Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO WP.
26 Oktober 2017
## Jawapan Balas kepada Buku Zam yang menghina UMNO.

K7L : Terbaik Abg Lan!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk