19/11/2017

Anwar Peliwat: Bukan Tanya Husni Tapi Desak Mahathir




SEPATUTNYA dua Ahli Parlimen daripada PAN, Hanipa Maidin (Sepang) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) tidak terlalu `teruja’ menekan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang yakin anak buahnya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalaupun Ahmad Husni enggan membuat laporan polis, Ahli Parlimen Tambun itu mungkin tidak mahu mendedahkan individu terbabit yang menjadi mangsa Anwar.

Desakan Hanipa dan Raja Kamarul Bahrin kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) supaya menyiasat Ahmad Husni mengikut kesalahan qazaf (perbuatan menuduh seseorang melakukan zina atau liwat) pun tidak ke mana kerana Anwar waktu ini pun meringkuk dalam penjara Sungai Buloh kerana jenayah meliwat.

Anwar sudah menerima balasan daripada-Nya dipenjarakan lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari pada Jun 2008.

Hanipa dan Raja Kamarul Bahrin perlu teliti balik sejarah yang tidak menipu. Fakta juga tidak menipu. Orang yang mula-mula membangkitkan isu liwat Anwar semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah Karpal Singh.

Mendiang Karpal bukan bercakap di kedai kopi, tepi jalan atau atas pentas ceramah. Beliau bangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat, iaitu satu intistusi tertinggi di negara ini.

Semua ucapan dalam Dewan Rakyat akan dimasukan ke dalam hansard. Dan boleh semak hansard ucapan Karpal yang waktu itu Ahli Parlimen Jelutong pada 1997.

Juga, dua ahli Parlimen PAN ini boleh merujuk satu sidang akhbar Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad pada 22 September 1998 yang tampil menceritakan tentang aktiviti liwat Anwar.

“Saya tidak boleh terima seorang lelaki yang merupakan seorang peliwat untuk menjadi pemimpin negara ini,” kata Mahathir

Bukan setakat itu sahaja, Mahathir menjelaskan lagi bahawa ada “seorang lelaki memberitahunya Anwar bukan sahaja melakukan liwat, tetapi semasa proses itu beliau (Anwar)… saya tidak tahu apa anda menyebutnya… melakukan onani terhadap lelaki itu?” kata Mahathir.

Bukan sekali Mahathir percaya Anwar melakukan liwat, malah Mahathir konsisten selama bertahun tahun percaya Anwar terlibat dengan perbuatan terkutuk itu. Semasa kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, pada 15 April 2011, di Kampung Pulo Ulu, Kuching, Mahathir dalam ceramah menyatakan seperti berikut;

“Dia (Anwar) cuma hendak jadi Perdana Menteri sahaja, kita buatlah satu kampung bagi dia, kita angkat dia jadi Perdana Menteri tu. Pasal hendak jadi Perdana Menteri ini pun satu penyakit, macam macam pembohongan dibuat” kata Mahathir menyindir Anwar.

Dan teringat pula ungkapan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan kes liwat Anwar yang dengan berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes itu kerana yakin Anwar sememangnya bersalah.

Tidak timbul katanya isu ‘meng­­aniayai’ Anwar semasa me­ngemukakan petisyen rayuan supaya Anwar disabitkan hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Ke­seksaan beberapa tahun lalu.

“Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati ma­suk neraka. Di sini, di dunia saya sudah masuk neraka. Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya.

“Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah,” katanya.

Hanipa dan Raja Kamarul Bahrin patut membiarkan Husni dan ramai lagi rakyat Malaysia yang yakin dengan pendiriannya bahawa Anwar sebenarnya adalah peliwat.

K7L : Tq KLX!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk