10/11/2017

Meh Kita Cerita Pasal Minyak Naik! Teruk Betul!



Luangkan sedikit masa untuk membaca sebuah perkongsian tentang GST DAN SUBSIDI MINYAK DI MALAYSIA..

Semoga bermanfaat

Ketika debat antara Ahmad Shabery Chik lawan Anwar Ibrahim lama dahulu yang turut disiarkan secara langsung oleh RTM.

Antara hujjah yang dibawa Anwar dan diulang ulang ialah bagaimana subsidi membantu rakyat Venuzuela menikmati harga minyak dengan harga cukup murah didunia dan mengapa pula Malaysia tidak berbuat demikian demi membantu rakyat yang miskin?

Hujah berkaitan harga minyak murah dinegara Venuzuela lah yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim pada malam tersebut dan Anwar terus membandingkan dengan Malaysia.

Banyak perbincangan berlaku dan ramai penonton merumuskan Anwar Ibrahim memenangi debat malam tersebut namun walau pun masih muda saya berpendapat sebaliknya dan melihat hujah Ahmad Shabery Chik lebih menepati dari sudut ekonomi.

Lagi pun secara logiknya mana mungkin pelajar ekonomi dari universiti Leeds seperti Ahmad Shabery Chik boleh kalah kepada pelajar sastera dari UM seperti Anwar dalam soal ekonomi kecualilah penonton melihatnya dari sudut bahasa..

Greece pula merupakan negara yang mengenakan kadar GST sebanyak 0%.. Rakyat Greece bersorak dan berbangga dengan sistem ekonomi negara mereka. Malah Greece nenjadi sebutan pembangkang seluruh dunia ketika kadar GST mahu dinaikkan oleh negara masing masing.

Kini Greece menjadi sebutan bukan kerana barangan murah atau kerana kadar GST 0% tetapi sebagai sebuah negara yang gagal dan muflis. Wang pencen untuk rakyatnya tidak lagi mampu dibayar oleh negara tersebut

Negara Vinezuela yang menjadi kebangaan Anwar Ibrahim juga manghampiri negara muflis apabila menanggung hutang yang terlalu tinggi dan KDNK yang terlalu rendah dan malar. Ekonomi Venuzuela dan pasaran menjadi kucar kacir apabila harga minyak kini terpaksa dinaikkan sebanyak 600% dan kerajaan sudah tidak mampu untuk terus mengeluarkan subsidi. Realitynya walau pun kerajaan Venuzuela mengeluarkan subsidi cukup banyak untuk menjadikan sebuah negara paling rendah menawarkan harga minyak kepada rakyatnya. Dengan kenaikan mendadak harga minyak di negara tersebut serta harga kesemua barangan kini melambung, rakyat Venuzuela yang selama ini miskin semakin papa kedana

Adakah subsidi membantu rakyat Venuzuela secara jangka panjang?

Sesebuah negara sama seperti sesebuah syarikat atau peniaga. Jika kos untuk mengeluarkan sebungkus cendol ialah 70 sen. Anda pula menjualnya dengan harga 40 sen sebungkus

.Faham fahamlah ye nasib syarikat cendol tersebut secara jangka panjang.

Terbukti kini tindakan kerajaan lebih tepat berbanding kehendak pembangkang walau pun dari segi populis serta isu yg dibawa pembangkang sedap didengar walau pun tidak berpijak dibumi nyata..

Tulisan
Rozmi Mokhtar

K7L : Tapi kalau nak dengar apa yang kita nak dengar je takkan faham pencerahan ini..

1 ulasan:

  1. Bang Non jurusam sastera dapat genral degree jer ... cer tanya ibrahim ali .... sib baik UM guna siatem penggal lagi bukan samester... sistem penggal honey moon 1 tahun last minit copy kawan kawan... asyik ceramah dan hasut pelajar lawan kjaan zaman 70 an... fakta utk gen X Y Z

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk