17/11/2017

Harga Minyak Melambung- Kerajaan Akan Campur Tangan?



Ramai macai yang bangun dari kubur selepas kenaikan minyak sebanyak RM7 sen bermula semalam. Kesempatan diambil oleh Pakatan untuk membalun Kerajaan Pusat walaupun pada dasarnya harga minyak dunia memang naik mendadak.

Ini realitinya yang berlaku di negara kita. Apabila minyak naik bukan main semua jenis sumpah seranah dan surat terbuka keluar. Apabila turun mereka kata PRU14 dah dekat sebab itu turun. 

Mereka kata DS Najib tak pandai kawal ekonomi. Pengeluar minyak tetapi bila beli minyak mahal. Punya lah bengap tak mahu faham penjelasan sebab dah set dalam otak untuk lihat dalam bentuk angka bukan melalui penerangan.

Sememangnya Malaysia tiada kuasa menentukan harga minyak kerana kita bukanlah ahli OPEC iaitu sebuah pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum. Sebab apa kita tidak mampu menjadi ahli OPEC?

Jawapannya ialah pengeluaran minyak kita rendah iaitu sekitar 693,000 per tong sehari dan menggunakan 541,000 pertong sehari. 

Disebutkan dalam riwayat bahawa di zaman sahabat pernah terjadi kenaikan harga. Mereka mendatangi Nabi sallallahu alaihi wa sallam dan mengadu tentangnya. Mereka menyatakan,

"Wahai Rasulullah, harga-harga barang banyak yang naik, maka tetapkan keputusan yang mengatur harga barang."

Mendengar keluhan ini, Nabi sallallahu alaihi wa sallam menjawab,
"Sesungguhnya Allah adalah Zat yang MENETAPKAN HARGA, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Sang Pemberi rezeki. Sementara aku berharap dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah mahu pun harta." [HR. Ahmad 12591, Abu Daud 3451, Tirmidzi 1314, Ibnu Majah 2200, dan disahihkan Al-Albani]. 

K7L : Nak kata hadis ni tipu?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk