01/11/2017

Berbanggalah Dengan Pencapaian Negara Sendiri!



1. Selepas Perdana Menteri membentangkan #Bajet2018, ada pihak yang mendakwa bajet kita gagal atas alasan nilai ringgit rendah, kos sara hidup tinggi, dan rasuah berleluasa. Inilah yang diulang-ulang oleh mereka untuk menunjukkan kerajaan kita tidak kompeten, biarpun realitinya kerajaan telah membentangkan bajet terbaik dan paling komprehensif dalam sejarah negara.

2. Persoalannya, gagal apa jika rakyat masih sejahtera, dan negara masih aman. Negara kita tidaklah negara berperang seperti Syria, Congo, dan Eritrea atau tidaklah kebulur seperti negara Mozambique dan Somalia. Dalam Indeks Keamanan Global 2017, negara kita berada di tangga 29 daripada 159 negara, lebih aman dari Korea Selatan, Perancis, Indonesia dan Amerika Syarikat.

3. Gagal apa jika lima universiti kita adalah antara ‘300 terbaik dunia’, pasport kita adalah kelima terkuat di dunia, dan passport kita mempunyai akses bebas-visa ke 155 negara di dunia. Sistem pengangkutan awam kita pula adalah ke-11 daripada 138 terbaik di dunia.

4. Gagal apa jika dari segi pelaburan, dalam tempoh tujuh bulan sahaja dari November 2016 sehingga Mei 2017, pelaburan asing yang dibawa masuk oleh PM telah mencecah RM366 bilion. Ekonomi negara pula berkembang 5.6% pada suku pertama 2017 berbanding 4.2% bagi tempoh sama pada tahun 2016. Nilai perdagangan Malaysia antara Januari dan Julai tahun ini pula mencapai RM1.008 trilion, meningkat sebanyak 22.7% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

5. PM Najib sendiri akui kerajaan bukan sempurna, tetapi kita bukan sebagai sebuah negara gagal. Negara gagal cuma label yang diberikan oleh mereka untuk memburukkan kerajaan. Berbanggalah dengan pencapaian negara sendiri.

Berbanggalah Dengan Pencapaian Negara Sendiri! - Salleh Said Keruak

K7L : Terbaik!...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk