20/11/2017

Surat Terbuka Untuk Rakyat Malaysia Yang Suka Maki Di FB



Seringkali aku tengok kita maki orang atas tiket emosi hanya kerana landasan politik dan pemahamannya berbeza.

Kau kata penyokong pembangkang itu bodoh,
Kau kata 47% pengundi BN itu barua,
Kau kata penyokong Bersih itu bangsat,
Kau kata merah itu macai
Kau kata belajar tinggi membazir kalau sokong BN,
Kau kata tak guna belajar agama kalau sokong Bersih,

Paling sakit,
Kau bilang polis itu anjing,
Kau hina askar,
Kau cerca semua,
Kau kata mereka suruhan politikus,

Kau bilang macam-macam,
Kau maki dan maki macam kau terhebat,
Kau caci umpama kau teragung,
Kau paling mulia di dunia.

Tapi kau tak sedar satu perkara,
Bukan salah kau aku rasa,
Atau mungkin kau alpa,
Tepuk dada, selera kemana,

Dalam penyokong BN tadi mungkin ada pakcik kau,
Dalam penyokong pembangkang tadi mungkin ada sepupu kau,
Dalam demonstran Bersih tadi mungkin ada nenek kau,
Dalam kumpulan Merah tadi mungkin ada adik kandung kau,
Tak sedar dalam makian setiap cacian ada darah daging kau,
Makian ke atas keturunan yang sama,
Cacian bola getah,
Di baling ke dinding,
Melantun ke muka.

Kau puas,
Puas memaki,
Puas berdosa,
Kau laung kebebasan,
Kau sembang keamanan,

Tapi kau,
Dijajah emosi.

Aku,
Mungkin kau akan maki,
Sebab aku,
Masih pilih kuasa mengundi.

Bukan tak sayangkan negara,
Doa aku,
Semoga Allah selamatkan Malaysia,

Kita hebat, bukan bangsat.

Aku bukan Tuhan,
Kau pun bukan.

Aku tak paksa kau terima,
Aku cuma nak curi masa,
Baca,

Ni suara aku,
Suara kau,
Aku tak tau.

N.M.Afif O. ,2016

K7L : Terbaik luahan brader ni..

1 ulasan:

  1. Kesimpulanya yg dok maki2 99% akan dapat dosa kan, kik3

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk