10/11/2017

Gagal Kawal Aktiviti Pembangunan - Punca Banjir!



Ini merupakan berita bertarikah 5 Mac 2017. Bermakna ianya telah disebut lebih kurang 8 bulan lamanya. Baca dahulu petikan Utusan berikut :

PULAU PINANG 5 Mac - Dasar kerajaan DAP Pulau Pinang yang ‘mesra’ pemaju perumahan mewah menyebabkan penduduk setempat berasakan mereka terpinggir.

Penasihat Citizan Awareness Chant Group (Chant), Yan C. Lee berkata, kegagalan kerajaan negeri mengawal pembangunan melampau termasuk di kawasan Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) amat membimbangkan.

Menurutnya, bantahan yang dikemukakan penduduk tidak ditangani sewajarnya, malah pemaju pula sering ‘menang’ apabila dibenarkan meneruskan projek ko­mersial walaupun di kawasan yang tidak sesuai dan termasuk dalam peta UNESCO.

“Pembangunan yang sedang berlaku di negeri ini begitu pesat, sudah parah dan menjejaskan struktur sosial rakyat negeri ini.

“Timbul juga keraguan apabila undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak dipatuhi,” katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Katanya, antara kesan yang terpaksa ditanggung penduduk disebabkan sikap kerajaan negeri itu adalah masalah kesesakan lalu lintas yang semakin teruk, kekurangan tempat letak kereta, selain menjejaskan kualiti kehidupan rakyat.

Mengenai dasar ‘mesra’ pemaju pula, C. Lee berkata, perkara itu bukan lagi rahsia kerana banyak aduan penduduk tidak diberi perhatian, malah gagal ditangani dengan baik.

“Kerajaan negeri tidak mendengar bantahan penduduk yang menentang projek perumahan ber­tingkat berhampiran kediaman mereka di Lorong Pykett di sini, yang didakwa bakal menyulitkan kehidupan mereka, namun bantahan itu seolah-olah ‘mencurah air ke daun keladi’, penduduk berasa dikhianati,” katanya.


Kini banjir telah pun berlaku dengan teruk. Malahan paling teruk pernah ada dalam sejarah Pulau Pinang. 120 kali dalam masa 9 tahun memerintah membuktikan Kerajaan DAP adalah sebuah kerajaan yang gagal.

Kini yang tanggung derita semua yang undi DAP dan tidak undi DAP. Sudah tiba masanya pulangkan semula Pulau Pinang kepada BN. Pilih yang mengutamakan rakyat berbanding mereka yang mengutamakan sesama mereka sahaja.

K7L : Mahu bukti apa lagi?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk