12/11/2017

Bukti Azmin Bohong Rakyat Selangor Pasal Dana Rakyat?



ADUN Barisan Nasional Batang Kali, YB Datuk Haji Mat Nadzari ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2018 pada 6 November 2017 yang lalu telah membangkitkan isu kehilangan dana Pemberian Penyelenggaran Jalan Raya Negeri yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Selangor melalui tabung Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS).

Beliau merujuk kepada buku Anggaran Perbelanjaan Negeri Selangor 2018 yang diedarkan kepada semua ahli Yang Berhormat beberapa hari sebelum sidang DUN bermula.

Walau bagaimanapun, melalui sepucuk surat daripada pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor yang dikeluarkan pada hari yang sama (6 November 2017), kerajaan negeri memaklumkan bahawa berlaku ralat atau kesilapan dalam cetakan buku tersebut.

Semakan kami mendapati rekod dana MARRIS untuk Selangor bukan sahaja hilang dalam buku anggaran perbelanjaan tahun 2018. Kehilangan rekod ini sebenarnya turut berlaku dalam buku anggaran perbelanjaan sejak tahun 2009 lagi.

Bagaimana ralat atau kesilapan cetakan boleh berulang-ulang, secara konsisten? Sumber daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan dana yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui MARRIS kepada Selangor adalah seperti berikut :-

2008 - RM300,966,292.00
2009 - RM315,527,905.00
2010 - RM351,659,938.00
2011 - RM366,356,026.00
2012 - RM416,971,395.00
2013 - RM498,033,994.00
2014 - RM523,486,773.00
2015 - RM468,774,527.00
2016 - RM496,900,999.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM3,738,677,849.00


Persoalannya, adakah kehilangan rekod ini hanya ralat atau memang berlaku penyelewengan dana? Benarkah dana MARRIS langsung tidak pernah disalahguna?

Pada 1 Ogos 2016, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad mengakui kerajaan negeri terpaksa menggunakan dana tersebut untuk top up peruntukan selenggara flat kos rendah di seluruh Selangor kerana peruntukan melalui Skim Ceria tidak mencukupi.

Pengakuan ini secara tidak langsung menjadi bukti bahawa dana MARRIS yang sepatutnya, dan hanya boleh digunakan untuk penyelenggaran jalan raya negeri di Selangor sepanjang 16,679 kilometer telah diselewengkan oleh kerajaan negeri.

Pada Julai 2017, isu dana MARRIS kembali hangat apabila kerajaan negeri didakwa menggunakan peruntukan yang diberikan ini untuk membina dua buah dewan di Kampung Padang Jawa dan Kampung Kuantan di Shah Alam.

Jelas sekali ini adalah suatu bentuk pengkhianatan terbuka kepada para pengguna jalan raya negeri di Selangor.Wang yang sepatutnya digunakan untuk menyelenggara jalan raya digunakan untuk tujuan lain.

Justeru tak hairanlah setiap tahun Azmin mengumumkan surplus atau lebihan pendapatan dalam belanjawannya kerana kelicikan menyelewengkan dana MARRIS ini.

K7L : Jeng Jeng Jeng...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk