06/11/2017

Kerajaan Pusat Akan Sentiasa Bantu Negeri Ditimpa Musibah #KekalNajib



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat akan membantu mana-mana negeri yang ditimpa musibah seperti banjir atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab.

Perdana Menteri berkata kerajaan pusat akan segera menghulurkan bantuan kepada kerajaan negeri termasuk yang ditadbir parti pembangkang tanpa perlu kerajaan negeri memintanya.

Banjir teruk, yang melanda Pulau Pinang berikutan hujan lebat berterusan semalam sehingga lebih 2,000 mangsa terpaksa dipindahkan, menyebabkan Ketua Menterinya Lim Guan Eng menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada kira-kira 3.30 pagi memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Najib berkata ATM akan memberi bantuan sewajarnya dan Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sendiri akan berlepas ke Pulau Pinang petang ini.

“Segalanya akan dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara dan kita akan membantu mangsa-mangsa banjir dan keperluan mereka akan kita tentukan,” katanya kepada sidang media selepas melancarkan misi membina dan mengendalikan hospital medan bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh di sini hari ini.

Perdana Menteri turut meninjau latihan percubaan operasi hospital medan yang diadakan di Hospital ATM Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Ditanya mengenai kekuatan pasukan ATM yang akan dikerahkan ke Pulau Pinang, Najib berkata perkara itu akan ditentukan Panglima Angkatan Tentera.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Raja Mohamed Affandi, Ketua Pengarah MKN Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, Hishammuddin berkata isu banjir tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia merupakan tanggungjawab kerajaan untuk menghulurkan bantuan.

“Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) jangan bimbang kerana kita serius untuk bantu mereka di negeri itu,” katanya

Hishammuddin, yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas, menerusi catatan di akaun Facebook rasmi miliknya berkata Tim Pemantau 509 Askar Wataniah diatur gerak seawal pukul 1.30 pagi manakala bilik gerakan diaktifkan pada pukul 4.30 pagi bagi menghulurkan bantuan.

Mengulas lanjut, Raja Mohamed Affandi berkata lebih 200 anggota telah digerakkan di beberapa kawasan di Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

“Anggota dan aset sudah digerakkan awal pagi tadi? kita sedia untuk menambah anggota pada bila-bila masa dan akan tumpukan untuk memberi bantuan pada pasca banjir nanti,” katanya.

Hampir keseluruhan kawasan Pulau Pinang dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 1 meter dan puluhan pokok tumbang selepas hujan lebat serta angin kuat sejak 2 petang semalam dan hujan berlarutan hingga 5 pagi ini.

Kesemua daerah di negeri itu ditenggelami air berikutan hujan lebat berterusan serta paras air sungai yang tinggi bertembung dengan kejadian air pasang di laut menyebabkan limpahan air berlaku dengan cepat.

Sehingga pukul 3 petang ini, cuaca di Pulau Pinang masih mendung dengan sesekali hujan renyai manakala hujan lebat di kawasan tanah besar.

Di Kedah pula, sejumlah 1,025 mangsa banjir dipindahkan ke 24 pusat pemindahan banjir di Kulim, Kuala Muda dan Gurun berikutan hujan tanpa henti sejak semalam. - Sumber

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk