27/11/2017

Bukti Malaysia Negara Aman - Khas Untuk Mereka Yang Kufur Nikmat?



Orang di negara luar hendak datang tinggal di Malaysia. Mereka datang hendak habiskan duit pencen mereka di Malaysia. Mereka datang hendak habiskan duit mereka melancong dan membeli belah di Malaysia.

Ada juga yang sanggup naik bot dan tongkang beribu batu jauhnya kerana hendak mencari perlindungan dan rezeki di Malaysia. Ada yang sanggup jual tanah dan gadai harta benda semata mata hendak cari wang belanja datang ke Malaysia.

Ada pelabur sanggup habiskan berbillion dollar melabur di Malaysia. Di negara yang sedang berperang, rakyatnya mahu datang ke negara kita. Jadi peminta sedekah pun tidak mengapa di Malaysia.

Orang Jepun dan Korea memilih Malaysia sebagai destinasi mereka bila sudah berpencen. Ada yang suka habiskan wang untuk menikmati kemudahan kesihatan di Malaysia.

Namun rakyat Malaysia sendiri ada yang suka sabotaj negara sendiri. Cakap negara ini hendak bankrup dan bermacam macam lagi. Orang luar berpusu pusu mahu datang ke Malaysia, orang Malaysia pula ada yang mengutuk negara sendiri.

K7L : Haihh...

1 ulasan:

  1. Sebab sikap orang kita juga. Semua benda nak mengharap kerajaan, bila ada yang tak kena kerajaan juga yang kena tanggung semua. Tapi bayar GST tak nak. Yang berjaya dan yang bersyukur selalunya tak kisah pun, tak bising pun. Yang bising selalunya rakyat yang kononnya marhaen tapi segalanya disuap. #perangai

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk