15/11/2017

YB PAN Kantoi Songlap Duit Dana Parti?




Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim yang dahulunya dikenali orang Datuk Husam Musa bertikam lidah dengan Naib Pengerusi 2 Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed gara-gara duit RM1.5 juta yang disalurkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa bantuan kepada mangsa Banjir Kelantan 2014.

Mohd Zaki memarahi Che Ibrahim kerana menamakan pertubuhan yang pernah dipimpinnya Yayasan Amal Kelantan sebagai salah satu daripada 6 NGO penerima daripada duit RM1.5 juta sumbangan DAP itu

Che Ibrahim juga menamakan Mohd Zaki sebagai perantara pemberi cek berjumlah RM60,000 daripada Guan Eng kepada PASMA Kelantan.



“Ustaz (Che Ibrahim) jangan berbohong..Saya tidak terlibat langsung dalam pembahagian cek oleh Guan Eng..Yayasan Amal Malaysia cawangan Kelantan tidak terima apa-apa masa itu.

“Saya tidak terima cek bagi pihak PASMA…Ustaz tarik balik tulisan ni, jangan berbohong dan berniat jahat, “kata Mohd Zaki dalam satu kenyataan.

Che Ibrahim meminta maaf di atas kesilapannya dalam membezakan Yayasan Amal Kelantan dengan Jabatan Amal Kelantan, namun mempertahankan kenyataannya bahawa Mohd Zaki yang menjadi perantara pemberian cek Guan Eng kepada PASMA Kelantan.

“Okay maaf, nanti saya edit (tulisan saya). Mungkin saya salah faham sebab cek PASMA berjumlah RM60K itu YB (Mohd Zaki) yang beri kepada saya..,”kata Che Ibrahim yang juga Naib Pengerusi PASMA Kelantan.

“Walaupun pun saya berkali kali cuba mengingati balik siapa yang beri cek PASMA bernilai RM60,000 yang disampaikan oleh Guan Eng di Kuala Krai pada 10 Jan 2015, namun tetap dok mari wajah YB (Mohd Zaki) juga yang beri cek tu kepada saya di perkarangan Masjid Ismaili Pasir Pekan…..Mungkin kerana saya telah tua, ingatan saya tidak setajam dulu lagi, maaf sekali lagi atas kekhilafan tersebut,”tegas Che Ibrahim dalam satu tulisan lain.

Seorang penyokong Amanah menyokong Che Ibrahim dan mengkritik Mohd Zaki di atas pengunaan kata-kata yang disifatkan sebagai kasar itu.

“Tindakan YB Zaki yang menggunakan komen yang kasar dan bahasa yang tidak sopan agak kurang cermat dan nampak terlalu emosi. Bukan setakat itu, YB Zaki juga menggunakan Whatsapp group untuk ‘membaham’ ustaz Che Ibrahim dengan mendakwa ustaz Che Ibrahim menggunakan kepala ‘lutut’

“Saya kira tindakan ini sangat-sangat tidak wajar kerana Ustaz Che Ibrahim telah pun berulang kali memohon maaf.

“Adakah sikap tidak matang ini adalah menunjukkan YB Zaki sangat terdesak untuk mempertahankan dirinya sebagai calon PAS bagi DUN Kelaboran setelah ada dakwaan bahawa beliau adalah antara ADUN yang pro Husam?,” soal Raja Nor Azrin dalam Facebook.


Che Ibrahim turut melampirkan kenyataan Guan Eng berkenaan sumbangan itu dan cek bernilai RM60,000 kepada PASMA adalah salah satu NGO yang dipilih untuk menerima dana DAP itu.

Seakan-akan mengetahui senarai penuh bantuan dana DAP itu, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah menyebut beberapa nama NGO tersebut.

“RM40K kepada Jabatan Amal Kelantan (Dr Rosli Allani) dan RM40K kepada KB Care (Ab Hamid Seman), sebuah NGO di bawah YB Dato Ahli Parlimen Kota Bharu adalah daripada sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang..,”kata Wan Rahim.

Sebelum ini, AIDCNews mendedahkan selain Tabung Serambi Mekah yang menerima RM250,000, sebahagian besar dana RM1.5 juta dana Guan Eng itu disalurkan kepada Husam dan rangkain-rangkaiannya.

Husam sendiri melalui yayasannya, Yayasan Hijrah menerima RM200,000, manakala rangkaian-rangkaiannya termasuklah; RM200,000 untuk Badan Kebajikan Kuala Krai atas nama Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) dan RM200,000 atas nama Pertubuhan R Kelantan


K7L : Songlap lagi.. derma lagi.. songlap lagi.. derma lagi.. songlapppppppp...minta derma lagi.. haha hahah haha ..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk