11/11/2017

Tony Pua Kantoi Tipu Pasal Nilai Eksport Malaysia?




Semua orang tahu modus operandi 'pakar ekonomi' Pakatan Rafizi Ramli dan Tony Pua yang suka memesong fakta dan nombor untuk menunjuk PM Najib Razak gagal menguruskan ekonomi negara. 

Akibatnya, Rafizi menghadapi saman sivil kerana memfitnah dan juga kes jenayah. Jika Pua tidak berhati-hati, dia pun akan mendapat nasib yang sama. Pada Oktober 2016 yang lalu, dia mendakwa Malaysia “bukan lagi kuasa eksport utama” dan kononnya barangan buatan Malaysia tidak laku kerana pengimport sudah hilang keyakinan.

Tidak sampai sebulan, Pua terbukti menipu apabila eksport meningkat 7.8% dan 10.7% pada November dan Disember 2016, dan prestasi itu terus meningkat hingga hari ini. Malah, antara Januari -September 2017, jumlah dagangan eksport Malaysia bernilai RM690.25 bilion.

Tetapi sejak keluarkan kenyataan salah itu, Pua diam membisu. Jangan harap dia akan memperbetulkan kenyataannya kerana menghasut – bukan kebenaran – adalah matlamat DAP.

K7L : Orang suka dengar berita buruk akan percaya dakyah pembangkang...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk