Klik untuk besarkan imej
Buat mereka yang kurang mengerti bagaimana untuk mendaftar BRIM 2018 dan penerima sedia ada yang ingin mengetahui cara-cara untuk kemaskini, disini kami tunjukkan kepada anda cara-cara untuk memohon dan kemaskini.
Berikut adalah bayaran mengikut kategori pendapatan:
Permohonan baru dan pengemaskinian boleh dilakukan secara online ataupun manual.
Permohonan BRIM 2018
Sebelum mendaftar BRIM 2018, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan, iaitu:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia SAHAJA
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4, 000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4, 000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2, 000 dan ke bawah
- Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BRIM 2018
- Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BRIM 2018.
Borang permohonan BRIM 2018 boleh diperolehi secara percuma dengan:-
Memuat turun di portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau http://www.treasury.gov.my; atau
semua cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil LHDN / Urban Transformation Centre (UTC) LHDN.
Borang yang lengkap mestilah dikemukakan bersama salinan dokumen, iaitu:-
- MyKad pemohon
- MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Passport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
- Sijil perceraian / Sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda.
Kemaskini BRIM 2018
Pemohon boleh kemaskini maklumat dengan 2 cara, iaitu:-
2. Secara Online
– Layari portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my
– Klik menu kemaskini Permohonan
– Masukkan No. MyKad dan klik kemaskini Permohonan
– Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan maklumat anda.
1. Secara Manual
Borang kemaskini hendaklah diisi secara bertulis dimana borang boleh didapati di:-
- Portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my/ (muat turun di menu Borang)
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
- Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Penerangan.
0 ulasan:
Post a Comment