30/11/2017

PAS Tetap Jadikan Mahathir Musuh Utama!



Roslan SMS – Tun Dr Mahathir sudah dikatakan begitu. Namun ramai yang masih mahu menaruh kepercayaan pada beliau. DAP malah terlalu yakin yang Tun kononnya boleh membawa undi Melayu bagi menjamin kemenangan mereka menguasai Putrajaya dalam PRU ke 14 ini.

Begitulah politik matlamat menghalalkan cara. Walau mereka tahu Tun ini jenis “political animal” yang sangat berbahaya dan berbisa namun demi mencapai cita-cita politik masing-masing mereka julang dan usung juga.

Kedurjanaan politik Tun yang paling besar semasa PM selain Tragedi Berdarah di Memali dan Kes Tun Salleh Abas (yang kategori mega) adalah kezaliman terhadapa Dato Seri Anwar dan keluarga.

Tun pecat Anwar dari jawatan TPM dan kemudiannya Timbalan Presiden Umno atas alasan Anwar mengamalkan seks songsang dan kemudiannya Anwar didakwa dan akhirnya didapati bersalah dan dipenjara kerananya.

Lenyap karier cemerlang Anwar lantaran tindakan Tun.
Tun ketika itu bukan sekadar mahu menyingkirkan Anwar malah membunuh terus politik Anwar.
Tiadalah aib dan cela paling besar selain PM sendiri terbit dan mendakwa Anwar berperilaku homoseksual dan menggunakan tangannya melepaskan nafsu terhadap seorang lelaki lain terpapar di kaca TV ketika itu.

Peristiwa ini tidak dapat dan tidak boleh dilupakan rakyat. Ramai menyangka Tun kini sudah berubah. Mungkin beliau insaf dan sedar akan kesilapan lampaunya kerana itu DAP dan PKR sanggup menobatkannya sebagai ketua mereka.

Tetapi Tun tetap Tun. Terbukti dalam satu majlis forum Rabu baru ini sikap sebenarnya. Dalam forum dihadiri anak-anak muda itu Tun ditanya berkenaan kes pemecatan Anwar dahulu.

Ramai menyangka Tun akan mengaku kesalahan dan kesilapannya tetapi itu bukan Tun.
Tun menyebut dakwaan pihak polis terhadap Anwar, Tun sebut surat dari Umi Hafilda. Juga beliau sebut laporan terperinci pihak polis berkenaan aktiviti seksual Anwar yang diberikan padanya.

Beliau juga sebut berjumpa semua pihak yang terlibat. Kemudian beliau sebut polis yang memutuskan untuk mendakwa Anwar dan berkenaan jawatannya Umno yang memutuskan untuk memecat Anwar.

Sikit pun Tun tidak sebut beliau silap. Ringkasnya Anwar dipecat, diseret ke mahkamah dan kemudiannya dihumban ke penjara dan hilang semua jawatan lantaran angkara polis dan Umno, bukan PM dan Presiden Umno.

Boleh percaya? Bermakna semua yang membantah, protes dan gerakan reformasi dulu silap belaka dan sia-sia tindakan mereka. Bukan Mahathir yang perlu undur dan dipersalahkan tetapi polis dan Umno. Selamat mengenali kelicikkan dan tipudaya Mahathir yang orang PAS sudah terlalu masak dan maklum.

Undur Mahathir undur.

* Penulis, Roslan Mohd Shahir, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor

K7L : Undurlah jaga cucu...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk