Berdasarkan Facebook rasmi DAP, baca di sini, berikut adalah kenyataan yang dibuat,
Orang awam yang ingin menderma kepada Tabung Bantuan Bencana Ribut dan Banjir boleh hantar sumbangan cek ke pejabat DAP Penang di No.3, Jalan Rangoon, Georgetown atau deposit dalam akaun:
'DAP Penang'
Maybank 5070-1301-4596
Semua dana yang terkumpul akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 04-2288482.
Kerajaan Pulau Pinang dibentuk oleh beberapa parti seperti DAP, PKR dan PAS. Di mana slogan Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), sekiranya sumbangan orang ramai terhadap mangsa-mangsa banjir dimasukkan ke dalam parti politik?
Sepatutnya segala derma dari orang ramai perlu dimasukkan ke dalam akaun Kerajaan Negeri di bawah Tabung Kecemasan.
Kedua, bagaimana DAP Pulau Pinang ingin mengasingkan dana banjir dan dana parti?
Siapakah yang dapat memastikan dana mangsa banjir dapat diaudit dengan sempurna dan tidak diseleweng. Kita pasti dan yakin DAP tidak sekali-kali dapat dan boleh dipercayai dari segi angka.
Ini terbukti di dalam pemilihan parti Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sekalipun, kiraan EXCEL boleh salah. Apatah lagi sumbangan mangsa banjir yang mungkin mencecah ribuan ringgit. - Barisan Merdeka
K7L : Lain macam...yang ini cai terima pulak?..
0 ulasan:
Post a Comment