Sejak minggu lepas lagi Keris menerima kiriman Whatsapp pasal 'Fakta Minyak' yang telah tular. Maka dengan itu rakan blogger Rio Rashid ada memberi pencerahan berkenaan perkara tersebut :
Betul purata harga MOPS US$75 setong minggu lepas & betul harga RON95 RM2.30 seliter minggu lepas (selepas pembundaran).
Masalahnya entah dari mana dia dapat RM253 bila kadar tukaran matawang minggu lepas sepatutnya pada purata RM4.20/US$.
US$75 x 4.20 = RM315
159 liter = RM315
1 liter = RM1.98
RM1.98 + RM0.32 = RM2.30 [tepat2 takde satu sen pun lebih untuk disamun]
* RM0.32 = [kos tetap: alpha + kos operasi + margin syarikat minyak + margin stesen minyak
** subsidi 20sen dah dihapus sejak disember 2014.
Sebab itu kena faham betul-betul sebelum sebarkan. Ini baca apa semua terus percaya.
K7L : Tabbayun sikit..
K7L : Tabbayun sikit..
satu lagi fakta bengong ialah harga yg diambil adalah harga minyak 'barrel', bukan minyak petrol atau diesel. petrolpun ada dua jenis, ron95 dan ron97. mahal sikit ron100. yg lain ialah minyak diesel. apa jenis kereta puak bengong ni pakai dengan menuang minyak mentah?
ReplyDeleteperumpamaan mudah, adakah harga nasi lemak itu diambil berdasarkan harga beras? maknanya proses menjadikan minyak mentah menjadi minyak petrol memerlukan kos juga. belum lagi kos pengangkutan. adalah dinasihatkan agar bodoh itu simpan sedikit untuk kegunaan masa depan.