17/11/2017

Rohingya - Myanmar Mula Terima Desakan Malaysia!



Tahniah Malaysia! DS Najib Razak memang terkenal dengan ketegasan dalam hal keamanan sejagat. Ini bukan kali pertama beliau duduk di barisan hadapan untuk bercakap soal keamanan sejagat.

Kini isu Rohingya yang menjadi keutamaan Malaysia untuk membantu mangsa di Rakhine semakin berjaya. Cuma jika sudah selesai di Myanmar, diharap dapatlah membawa pulang semula pelarian yang berada di Malaysia.

Kerana sebahagian daripada mereka hari ini mengemis di bandar-bandar besar. Yang bekerja itu tak apa lagi. Yang berpeleseran mengemis dari sekecil bayi sehingga setua-tua manusia.

Ada yang mengemis di jalanraya ketika lampu isyarat berwarna merah. Ada anak-anak kecil yang dibiar berjalan sehingga tengah malam untuk mengemis. Ini semua merosakkan nilai-nilai kehidupan. 

Semoga semuannya berjalan lancar dan pihak Kerajaan Malaysia juga memantau aktiviti pelarian Rohingya di Malaysia. Bukan semua yang masuk baik. Ada yang jadi guru tahfiz dan ada yang jadi penyamun. Yang baik kita simpan yang jahat kita hantar semula ke tempat asal mereka.

K7L : Sistem warga asing kita kena perkasakan lagi...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk