GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyalahkan Kedah sebagai punca banjir di kawasan Seberang Perai masih belum surut.
Katanya, banjir di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) sepatutnya sudah surut lebih awal, namun berlarutan kerana limpahan air dari negeri jiran itu.
Beliau berkata, banjir setinggi hampir satu meter itu menyebabkan ramai mangsa di kedua-dua daerah berkenaan masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
"Banjir di kebanyakan tempat di negeri ini sudah surut, melainkan beberapa kawasan di SPU dan SPT yang menerima air dari Kedah. Banjir di negeri itu (melimpah ke negeri ini) adalah faktor besar.
"Selama ini Pulau Pinang perlu bayar untuk bekalan air dibekalkan Kedah, adakah kali ini mereka akan bayar kepada kita untuk limpahan air (banjir) ini juga?," katanya ketika menyampaikan kenyataan khas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),
Alamak Guan Eng hanya salahkan orang lain. Salah sendiri tak nampak langsung. Ataupun kenyataan menuding jari itu dikeluarkan selepas tak tahu macam mana nak tutup kelemahan diri sendiri?
Berikut antara fakta kegagalan DAP mentadbir Pulau Pinang menurut Media UMNO Online :
▪Berkaitan penarahan bukit, banyak pihak termasuk NGO telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang kerakusan kerajaan negeri dalam menarah bukit juga pembinaan rumah di lereng-lereng bukit namun ia tidak dipedulikan.
▪Tanah di negeri itu habis digadai. Ada tanah dijual tanpa tender dan kepada syarikat kroni. Laporan Ketua Audit Negara menyatakan perolehan yang Guan Eng dapat menerusi jualan tanah, 2008 hingga 2015 adalah sejumlah RM1.22 billion. Sejak 2008, aset dan tanah yang Guan Eng jual dan gadai sudah bernilai RM37 billion.
▪Hutang kerajaan negeri melonjak tinggi.
Mana ada kurang hutang sampai 95% seperti yang didakwa Prof Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta telah diubah kepada bayaran ansuran selama 45 tahun. Hutang tidak kurang 95% tetapi makin bertambah. Tidak cukup dengan itu berhutang lagi dengan China Exim Bank.
▪ Pelaburan makin kurang. Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% pelaburan ke Pulau Pinang. Pada Januari hingga Ogos 2016, pelaburan ke Penang hanya berjumlah RM3.77 billion berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015.
▪Kerajaan Pulau Pinang berada dalam keadaan defisit. Setiap tahun sejak 2011, Guan Eng membentangkan bajet defisit enam tahun berturut turut. Pada 2011, defisit sejumlah RM108 juta. Pada 2017, defisit bajet berjumlah RM667 juta. Bajet defisit tetapi peruntukan untuk Pejabat Ketua Menteri Guan Eng bertambah setiap tahun.
▪Pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang lembab. Purata gaji pekerja di Pulau Pinang sejumlah RM2,434 adalah dibawah gaji purata nasional, RM2,463. KDNK Pulau Pinang adalah ke-4 paling rendah di Malaysia antara tahun 2008-2015. Pendapatan isirumah rakyat Pulau Pinang adalah yang ke-4 terendah di Malaysia.
▪Pelbagai caj dikenakan kepada rakyat. Surcaj air naik 4 kali sejak DAP memerintah Penang. Satu-satunya negeri yang mengenakan caj parking sampai waktu tengah malam adalah di Pulau Pinang. Cukai katil, caj plastik 20 sen, cukai pintu naik 14.29% pada 2015, sewa warung naik dan harga rumah naik. Inilah padah yang rakyat Pulau Pinang dapat.
▪Ini adalah antara bukti jelas menunjukkan DAP telah gagal tadbir Pulau Pinang. Guan Eng telah jadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang gagal sepenuhnya.
K7L : Ini nak salahkan siapa lagi?..
0 ulasan:
Post a Comment