Kerajaan PKR Selangor diminta mengisytiharkan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) berjumlah RM2.9 bilion yang diperolehnya sejak enam tahun lalu.
Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Barisan Nasional-Batang Kali) berkata, tindakan kerajaan negeri tidak mengisytiharkan perolehan peruntukan Marris sebagai hasil bukan cukai dalam belanjawan kerajaan negeri menimbulkan persoalan.
Katanya, tindakan itu mencetuskan banyak keraguan termasuk kemungkinan kerajaan negeri menyalahgunakan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk tujuan lain dan bukannya menaik taraf serta menyelenggara 16,679 kilometer jalan di Selangor.
“Kegagalan kerajaan negeri mengisytiharkan penerimaan serta mengemukakan anggaran perbelanjaan peruntukan Marris dalam belanjawan negeri mengundang banyak kekeliruan.
Apakah kerajaan negeri secara se-ngaja tidak merekodkan maklumat mengenai peruntukan Marris kerana membelanjakannya untuk tujuan lain?.
“Jika demikian, kerajaan negeri jelas melanggar Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan membabitkan bidang kuasa serta tanggungjawab di bawah Kumpulan Wang Disatukan,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Mat Nadzari yang juga Penyelaras ADUN-ADUN BN Selangor menambah, berdasarkan rekod daripada Kementerian Kewangan, kerajaan negeri menerima RM416,971,395 peruntukan Marris daripada Kerajaan Persekutuan pada 2012 diikuti RM498,033,994 (2013), RM523,486,773 (2014), RM468,774,527 (2015), RM496,900,998 (2016) dan RM546,591,098 (2017).
Sumber : Utusan Malaysia, 7 November 2017

0 ulasan:
Post a Comment