Sumber : Bharian
Kerajaan negeri, hari ini mendakwa kerajaan Pusat tidak menghulurkan sebarang bantuan kepada Pulau Pinang bagi mengatasi masalah banjir, termasuk bantuan kepada mangsa bencana.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata sehingga kini belum ada sebarang pengumuman bantuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selepas lawatan beliau ke Pulau Pinang pada 7 November lalu.
"Selepas kunjungan beliau, beliau langsung tidak umumkan apa-apa untuk rakyat, baik dari segi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa III Lembangan Sungai Pinang, mahu pun bantuan secara langsung kepada mangsa banjir.
"Saya harap beliau dapat umum secepat mungkin kerana setakat ini, belum ada sebarang bantuan (daripada kerajaan Pusat) kepada Pulau Pinang. Kita semua masih tunggu," katanya pada sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Kenyataan Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Air Putih itu seolah-olah menafikan bantuan yang dihulurkan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) kepada mangsa bencana sepanjang minggu lalu.
Sabtu lalu, Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya mengagihkan 60 kontena bantuan kepada mangsa banjir Pulau Pinang, seperti yang diarahkan Najib, yang juga Penaung kelab berkenaan.
Antara sumbangan yang diserahkan ialah tilam, bantal, susu bayi dan kit penjagaan kebersihan yang diagihkan secara berperingkat-peringkat bermula 8 November lalu.
Alamak! Ini macamana nak kira? Bukan sebelum ini siap menangis minta bantuan. Ini Guan Eng betul-betul bersifat seperti Anjing. Bagi makan pun boleh gigit tangan orang yang tolong.
K7L : Inilah DAP!.. Inilah Sikap Lim Guan Eng yang menang no 3 dalam CEC Khas...
Jangan dibantu kerajaan negeri PP sepatutnya kerajaan Pusat menu pukan bantuan kepada kedah dan perak.
ReplyDeleteBantu anjing memanglah tangan kita digigit balik