Pendaftaran Pakatan Harapan GAGAL kerana DAP dan PPBM? Pendaftar Pertubuhan (RoS) belum meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan parti politik disebabkan masalah dalaman dua parti komponennya, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam pertemuan yang berlangsung dengan pemimpin utama gabungan berkenaan.
DAP sebelum ini dibelit masalah pemilihan semula Jawatankuasa Esekutif Pusat (CEC) sementara PPBM berdepan risiko dibubarkan berikutan gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.
Selepas itu mereka meroyan kata kenapa tidak mahu diluluskan. Walhal PPBM sendiri tak boleh nak buat AGM. Parti tak cukup sifat ada hati nak jadi 'leader' dalam blok Pembangkang.
Apapun punca sebenar adalah dek kerana kegagalan DAP dan PPBM sendiri. Tak ada kena mengena dengan orang lain. Jangan main tuduh semeborono sebab nak tutup tahi sendiri.
K7L : Tuduh orang je pandai.. Haha!..
0 ulasan:
Post a Comment