07/11/2017

3 Berita Tentang Banjir Di Pulau Pinang!



1. Surau Taman Free School bantu 70 mangsa banjir bukan Islam

Di sini Keris nak puji sikap Bilal yang terbuka dalam membantu tanpa mengira agama. Kini Pulau Pinang menghadapi bencana banjir maka bantuan daripada banyak pihak amatlah diperlukan dan dihargai. 

Didoakan agar Bilal Surau Taman Free School, Sapno Tukijo dirahmati Allah dan dilimpahi dengan rezeki. Air paras dada ketika bantuan diberikan dan kita doakan semuanya dipermudahkan Allah.



2. DS Najib Melawat Pulau Pinang

DS Najib Razak menyusul selepas lawatan kecemasan DS Zahid Hamid dan DS Hishamuddin yang sampai untuk memberi bantuan khas. DS Najib Razak melawat tapak dan dengan rendah hati bertemu dengan mereka-mereka yang mencaci dan memfitnah beliau selama ini.

Tetapi atas dasar kemanusiaan, PM tetap hadir melawat dan mendengar rintihan Ketua Menteri Pulau Pinang yang selama ini angkuh dan sombong.


3. Tebatan Banjir Pulau Pinang

Isu banjir kilat yang teruk di P.Pinang setiap kali hujan nampaknya akan terus menghantui rakyat negeri ini.

Sikap kerajaan DAP yang sering menyalahkan kerajaan BN kononnya tidak memberi peruntukkan untuk projek pencegahan banjir memakan diri bila ia dijawab fakta oleh oleh Datuk Seri Zainal Abidin Osman hari ini.

Berdasarkan fakta, sebanyak RM2 billion telah dibelanjakan untuk projek tebatan dan kawalan banjir sejak 2008 oleh kerajaan Pusat kepada negeri P.Pinang.

Jadi ,kita nak tanya berapa pulak jumlah wang dibelanjakan kerajaan DAP sejak 9 tahun memerintah ? Jika kos projek kajian terowong sebanyak RM305 juta mampu dibayar , mengapa tidak projek untuk rakyat bagi mencegah banjir ini dibuat ?

K7L : 3 Isu sama tetapi kisah berbeza..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk