Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengakui cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan sistem percukaian yang telus, efisien serta mampu memberi kebaikan jangka panjang kepada ekonomi negara.
Berbeza dengan pemimpin pembangkang lain termasuk Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau yang dilihat lebih bersikap realistik dalam berpolitik berkata, pembangkang juga tidak pernah mengambil pendirian menolak GST.
Walau bagaimanapun, jelas Azmin, pembangkang berpendirian April 2015 bukan masa sesuai untuk kerajaan menguatkuasakan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kadarnya berjumlah hingga 16 peratus.
"Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST.
"Pendirian kita jelas, GST ini sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang akan memberi kebaikan kepada ekonomi negara. Cuma persoalannya apakah Malaysia sudah bersedia, - Utusan
Sejak Azmin kata begini bermula tahun 2013, DAP yang memang tak puashati dengan GST sebab dah tak boleh menipu bila bernaiaga dah lama 'aim' Azmin. Sebab itu ketika Azmin naik MB Selangor pun DAP tak restu.
Sehingga hari ini Azmin dilihat tidak menolak GST. Ini kerana dia sendiri nampak keberkesanan GST. Tetapi kalau sudah nama pembangkang, semuanya salah dan ditidakkan.
Disebabkan itu kini ada gerakan bawah tanah yang mula menyusun untuk melihat Azmin kalah pada PRU14 akan datang. Huhu! DAP nak tunjuk siapa yang lebih berkuasa mungkin?
K7L : Memang DAP raja dalam Pakatan pun..
0 ulasan:
Post a Comment