01/12/2012

Wajib Baca! Hujan Banyak Tak Bererti Banyak Air #IsuAirSgor



Musim hujan? Ya benar sekali. Keris sampai demam-demam sebab tidak tahan kesejukan akibat hujan lebat setiap hari di kawasan Lembah Klang. Kalau bawa kereta, kesian tengok wiper yang bekerja keras. Jalan sentiasa nampak basah kerana hujan berhenti kemudian hujan semula. 


Walaubagaimanapun, anehnya ada juga air di kolam tadahan tetap kelihatan menyusut. Kadar air takungan bekalan air terawat juga mengalami nasib yang sama dimana paras air terawat semakin berkurangan dan boleh mencapai paras kritikal jika tidak dibendung. 

Macam ni boleh jadi musim hujan peliklah juga? Musim kemarau nanti macam mana?
Kerana masalah ini juga menekan pihak SYABAS untuk menjelaskan perkara sebenar sebelum pihak Kerajaan negeri Selangor, terutamanya Khalid cuba memusing ayat dan menuduh SYABAS yang salah. Keris dah letak artikel New Straits Times ni tempohari, tapi tidak mengapa kita baca lagi.

Syabas responds to drop in water levels 

The New Straits Times, Page: 4 
Wednesday, 28 November 2012 


SUBANG JAYA: The Petaling district of Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) activated its Emergency Response Plan Green Code last Friday evening following the fall in water level at the Bukit Dengkil and Lapangan Terbang Subang ponds.

In a statement, its corporate communications and public affairs assistant general manager, Priscilla Alfred, said the decrease was detected two days earlier and continued to drop the following day. The drop in the water levels of both ponds was attributed to the sudden surge of demand from the Lapangan Terbang Subang pond, she added.

It had resulted to an unscheduled water disruption which affected 15,000 households from SS12 to SS19 areas and in Jalan Lapangan Terbang Subang. To increase the water supply to other affected areas, Syabas had channelled water from other sources, including the Semenyih water treatment plant and will continue to monitor the situation. It has dispatched four tanks which are on standby to supply water to consumers at the affected areas.


Rupa-rupanya masalah ketiadaan air di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang berpunca daripada kesusutan yang berterusan di beberapa kolam tadahan dan jumlah air terawat menjadi terhad untuk diagihkan. Aik? Takkan LUAS tak buat kerja? Atau LUAS bagi laporan lain, Khalid cakap lain?

Bukankah ini tandanya air yang Selangor ada ni tidak cukup. Penduduk sudah bertambah, tetapi air banyak iu juga, sama macam dulu. Dalam bahasa ekonomi, permintaan dah melebihi tawaran.

Inilah masalahnya bila tak mahu mendengar saranan pakar air. Pakar air dah kata Selangor perlukanloji baru dan sumber baru. Kajian dah dibuat. Luluskan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 sahajalah solusi yang terbaik. Rakyat dah mula terasa bahang ketiadaan air apabila air empangan menyusut. Ini belum waktu kemarau yang akan menjelang tak lama lagi.

Apakah yang membuat Khalid berkeras tidak mahu meneruskan projek itu?
Ya lah dalam Kertas Putih Khalid muka surat 5 dan 6 memang ada sebut yang KDEB akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan bagi rawatan dan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Juga disebut Kerajaan Negeri Selangor bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dan Pengurusan Aset Air Bhd dalam melaksanakan penstrukturan air. 

Oh! Kalau nak tahu, sebenarnya projek mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor telah bermula ketika BN masih memerintah Selangor! Sebagai rekod KDEB mempunyai pegangan sebanyak 55% untuk syarikat konsesi Konsortium Abbas , 30% untuk syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor dan SYABAS juga 30%.

Kalau kita tengok, tak kisah lah siapa yang memerintah pun, penstrukturan tetap akan dilakukan. Dan untuk melakukan penstrukturan, langkah pertama adalah membeli pegangan syarikat konsesi yang Keris sebut tadi.

Apa yang nak distrukturkan kalau benda yang nak distrukturkan, Kerajaan Selangor bukan tuan empunya yang sepenuhnya. Macam pandai-pandai nak renovate rumah jiran pulak. Jiran tak nak, kita pula suruh Majlis Perbandaran paksa!

Tak nampak pun masalah melainkan kerajaan Negeri Selangor hanya bermain wayang dan mahu menggunakan dana yang ada untuk keperluan pilihanraya yang menyingsing kelak.
Kini Kerajaan Negeri Selangor tidak habis-habis menyalahkan SYABAS diatas kegagalan penstrukturan semula air, selain daripada isu nak ambil alih tak dapat-dapat. 

Ish! Masalah air dah mula terasa, rakyat dah mula merungut. Apalagi tunggu? Binalah Langat 2! 


K7L : Ini perihal rakyat! Bukan isu politik!..takkan nak tunggu krisis air 1998 berulang kembali?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk