07/01/2013

@AzminAli Dan @ybz99 Serang @Khalid_Ibrahim Kat Rumah Dengan Air Sebaldi? – #IsuAirSelangor



Khabarnya Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin sedang berbalah dengan Khalid selepas gangguan bekalan air sudah merebak ke kawasan DUN dan Parlimen mereka sedangkan Khalid dan LUAS yakin air cukup.

Rupanya Masalah gangguan bekalan air kepada 82 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor itu berpunca daripada masalah teknikal. Iaitu pam yang digunakan bagi memberi tekanan supaya air boleh diagihkan gagal berfungsi. Jadi sekali lagi Khalid kambingkan hitamkan Syabas, walaupun dia tahu Syabas tu Kerajaan Khalid ada syer.

Masakan pam tersebut boleh berfungsi jika digunakan melebihi tahap yang sepatutnya. Ia berlaku selepas permintaan bekalan air yang meningkat terutama daripada Kuala Lumpur dan Gombak membuatkan pam yang dipakai terpaksa ‘bekerja’ di luar kemampuannya bagi memastikan kapasiti air seiring dengan permintaan.

Rasanya Khalid ni tak fahamlah maksud “kekurangan air”. Macam ni Khalid, kalau satu kek tu patut dipotong dan dibahagikan kepada 20 orang, tapi orang yang ada adalah 30 orang. Bukan kah kek itu tak cukup ataupun dalam ertikata lain “kekurangan kek”?

Ni nanti kau jawap tepung banyak, gula banyak dan bagai. Tapi orang yang dating tu nak ek makan tepung ataupun gula tu, orang nak makan kek lah faham!!!

Mujur SYABAS dan kontraktor yang dilantik melakukan kerja penyelengaraan dengan kadar segera bagi memastikan rakyat cukup air. Ada juga dengar desas-desus Pejabat MB bising kenapa kontraktor yang dilantik bukanlah Khalid yang lantik.

Orang nak selesaikan kerja cepat supaya gangguan air tidak berlaku, ini mereka sibuk pasal nak buat duit. Nampak tak betapa ‘ambil berat’nya Kerajaan Negeri Selangor tentang permasalahan rakyat terutamanya isu Air Selangor ini.

Syabas minta tolong tangki air daripada Perak, Melaka dan bagai ko marah!!! 7 tangki yang Faekah ko siapkan cukup ke Khalid??? Tu pun lepas nak dekat seminggu baru sediakan tangki!!!

Khalid tampak lebih terarah kepada kempen menjelang pilihanraya dan membuat duit melalui kerajaan negeri Selangor berbanding mencari solusi bagi menyelesaikan masalah rakyat Selangor terutanya isu air yang kian meruncing.

Sikap lepas tangan Khalid dah nampak sangat selepas dia sendiri yang nak tunggu 100 tahun baru nak bina Loji Rawatan Air Langat 2 dan bekukan pinjaman CAPEX SYABAS, sekarang dah tak ada air di banyak kawasan dia nak buat apa.

Ke mana perginya Khalid kali ini selepas masalah tiada air telah merebak dan setiap hari ada sahaja kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air? Mungkin Khalid nak kata yang rakyat Selangor tak faham lagi yang air cukup sebab itu rumah mereka tiada air.

Mungkin LUAS nak keluarkan kenyataan lagi yang kata air mentah cukup jadi semua pengguna air yang terlibat dengan gangguan bekalan air seperti di Gombak dan Ampang, tidak perlu khuatir sebab air lombong dan lopak ada kalaupun air terawat tak ada?

Bayangkan! Bagaimana pam tersebut ‘bekerja’ dengan melebihi had hanya untuk memenuhi kapasiti air mengikut permintaan setempat. Kalau pam tu orang mahu Khalid dah kena jerit kat muka atau kena ludah sebab penat kot!

Khalid ni tak faham bila dikatakan “kekurangan air”. Air yang diagihkan tu kurang, tak cukup untuk keperluan penduduk dan bisnes yang ada. Tapi Khalid asyiklah cakap air cukup, nak suruh rakyat bawak baldi gi empangan, lopak dan bagai ambil air ke?

Apa yang kita nampak di sini jelas menunjukkan tiga perkara yang saling berkait yang dah lama kita jangka akan terjadi seperti :

1. Kekurangan air akibat permintaan air yang bertambah setiap hari bagi pengguna rumah mahupun industri

2. Seiring dengan itu empangan/loji rawatan air sedia ada tak mampu lagi beroperasi lebih hanya untuk menampung permintaan air

3. Akibatnya masalah teknikal akan berlaku seperti pam rosak.

Apa yang Keris nampak, ketiga-tiga masalah yang menjadi punca kepada gangguan bekalan air dapat diselesaikan dengan membina Loji Rawatan Air Langat 2. Kalau dari dulu lagi Khalid luluskan, sudah tentu masalah air seperti ini dapat dibendung.

Silap-silap kalau dulu tak dilengahkan mungkin sekarang ini loji tersebut dah siap. Inilah kesan jika orang yang bodoh sombong nak buat keputusan dan melihat hanya kuasa dan duit bekerja. Tidak mendahulukan rakyat langsung.

Ini pam air di rumah Wangsa Maju dah rosak, Khalid nak tuduh tikus yang buat sampai rosak? Khalid masih nak tungguh pam yang lain pula berhenti sebab “kepenatan” ke?. Inilah akibat jika anda diperintah oleh golongan tak prihatin. Nasib baik pihak SYABAS sediakan lori tangki air untuk bekalkan air terawat kepada penduduk yang mengalami gangguan bekalan air. Diulangi! Membekalkan air terawat atau air bersih, bukan air lopak atau lombong macam LUAS kata tu!

Sekarang masalah air semakin meruncing. Ini baru masalah teknikal, kalau kemarau yang diluar jangkaan kita apa nak buat? Nak struktur semula air yang gagal dan tak habis-habis itu?

K7L : Khalid Tara Air nak spin apa lagi?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk