Nampak sangat Mazlan Aliman, seorang anak peneroka yang tak sedar dek untung sangat terdesak dalam memburukkan Felda Global Ventures Holding (FGVH). Dia sanggup import orang dari Bangladesh untuk jadi boneka menipu orang-orang Felda dan rakyat Malaysia.
Siapa? Haha! Dr Rosli namanya. Dia adalah seorang Chief Executive Officer bagi sebuah syarikat kewangan yang berpusat di ibu Negara Bangladesh, Dhaka. Dulu pernah kerja kat Bank Negara sekejap tapi lepas itu dia berhenti.
Tapi kedudukan dan pengalaman yang dia ada tidak memberi makna dia adaah seorang yang pakar untuk menganalisis pasaran saham-saham dunia. Kena ingat dia mahir dalam bidang perbankan dan kewangan.
Bukan ada pengalaman dalam pelaburan apatah lagi dengan permainan pasaran saham! Taka da langsung kredibiliti untuk nak memandai menganalisis pasaran saham FGVH. Tak layak langsung!
"Saham FGVH akan jatuh merudum”
Ikut ‘Hukum Saham’ mestilah saham FGVH akan terkena tempias bahang khabar angin tersebut. Kalu dia terus buat andaian yang saham FGVH jatuh merudum dan merugikan, bermakna Dr Rosli tu memang tak faham pasal turun naik saham.
Inilah akibatnya jika orang tak tahu pakai pisau disuruhnya hiris bawang. Hancur bawang tu beb! Memang mamat upahan Mazlan Alimn ini kantoi besar dan tak faham selok belok reality turun naik saham! Main bedal je buat kenyataan.
Ok kat sini Keris nak bagi sikit point mengapa cacai upahan yang sangat ‘pakar’ tentang saham itu salah. Mula-mula dia beri kenyataan yang saham FGVH akan jadi rugi serta jatuh merudum. Tetapi dalam dua tiga hari ini saham FGVH naik sehingga mencapai RM4.51!
Nak kata apa lagi? Bila upah salah orang untuk tipu rakyat memang tak jadi apa! Orang FELDA pun dah tak suka dengan Mazlan Aliman. Kini dia cuba nak hasut rakyat dengan penipuan pasal FGVH sebab dia tahu FGVH sebenarnya bagus dan menguntungkan peneroka.
Sebab dia tahu kalau FGVH untung maka Mazlan akan gagal dalam memburukkan usaha murni Perdana Menteri bagi peneroka FELDA. Sekarang selepas kantoi FGVH tak ada masalah, Mazlan gunakan Dr Rosli untuk keluarkan kenyataan bahawa Saham FGVH akan rugi.
Bila dah hasut peneroka yang FGVH akan rugi, maka dia akan beritahu para peneroka akan menjadi mangsa yang menanggung rugi sebab nak kena bayar semula pinjaman bank untuk beli saham FGVH.
Maaf Mazlan Sengal! Anda gagal untuk tipu para peneroka dan rakyat Malaysia! Dah la bawak orang yang tak layak untuk buat analisis! Weyh brader… Perdana Menteri sejak bulan September tahun lepas lagi sudah umumkan yang FELDA akan memikul anggungjawab bagi sebarang hutang, kadar faedah bank dan lain-lain.
Erti kata lain peneroka hanya perlu memohon pinjaman bank dan melabur. Peneroka hanya perlu membayar harga 800 unit saham FGVH sahaja! Tak payah tanggung apa-apa. Jadi semua yang keluar daripada mulut Dr Rosli Yaakob pasal analisanya berkenaan FGVH yang kan rugi adalah tidak tepat sama sekali!
Apakehal orang bank dan kewangan nak bercakap pasal pasaran saham? Macam orang jual air tapi nak cakap pasal cara nak jual rojak buah! Tak kena langsung! Mazlan Penipu dan sanggup bayar orang lain biarpun tak layak untuk menipu?
K7L : Kerja Bank Negara tak bermakna dia pandai main saham der…
0 ulasan:
Post a Comment