16/01/2013

Apabila Anwar Yang Belajar Bahasa Melayu Bercakap Pasal Radioaktif! Sama Jahil Macam Fuziah! #Lynas




Lucu! Sangat melucukan apabila seorang graduan Bahasa Melayu yang kononnya menjadi pakar ekonomi bercakap tentang radioaktif. Sebelum berbicara pasal Lynas, Keris nak cakap sikit pasal Anwar.
Zaman siapa yang menjadi Menteri Kewangan yang menyebabkan Malaysia menngalami inflasi sifar dan ekonomi jatuh merudum? Siapa individu yang memaksa Malaysia menandatangani perjanjian dengan IMF?

Siapa yang berbohong kepada rakyat dan berpura-pura sakit ketika meraih simpati?



Jadi pembohong ini nak bercakap pasal sains? Pasal rakyat? Senang cerita Anwar ini jahil sebenarnya lebih-lebih lagi tentang Lynas. Dia tak tahu apa pun, yelah diluar bidang dia tapi cuba nak jadi juara selepas Fuziah gagal.

Sekarang Anwar sedang cuba menakut-nakutkan rakyat Kuantan tentang Lynas tanpa sebarang fakta dan bukti yang kukuh. Hanya dengan cakap mulut sahaja. Malahan mahkahmah pun dah buat keputusan bahawa Lynas boleh beroperasi.


Semua ini hanya untuk mempolitikkan perkara yang tak wujud. Sengaja mahu menimbulkan kesangsian terhadap Lynas. Sayangnya rakyat tak akan tertipu lagi. Siapa pula tidak kenal yang Anwar memang seorang populis yang akan buat apa sahaja termasuk buat cerita fitnah melampau asalkan undi dapat diraih.

Kadang-kadang semut merah pun boleh jadi isu beb. Asalkan isu itu boleh tipu rakyat dan buat rakyat marah. Dasar manusia penipu macam dia tak kisah apa-apa pun. Tak masuk akal sebenarnya cerita yang mereka buat tapi mereka akan cuba tipu seakan semuanya betul.

Sampai hari ini kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (NGO tak berdaftar yang ditubuhkan oleh Pakatan Pembangkang)dan Pakatan Pembangkang cuba menjadikan isu Lynas ini dengan mengaitkan kesemua perkara negatif dengan kerajaan persekutuan.


Ironinya mereka tidak henti-henti dalam usaha menipu penduduk Kuantan berkaitan Lynas. Tetapi ternyata mereka gagal dalam memberi bukti yang kukuh. Sebab itu kini mereka dah tukar plan, mereka gunakan Anwar Ibrahim yang merupakan pakar penipu Pakatan untuk bersama dalam siri menipu penduduk Kuantan.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, orang Kuantan sendiri tak kisah dengan pengoperasian Lynas. Antaranya peluang pekerjaan untuk anak kampong cerah. Malahan anak kampung ada yang dihantar berkursus dan boleh memohon pekerjaan. Orang luar Kuantan pun dapat kerja beb!

Selama ini pun pihak Lynas dan Kerajaan Persekutuan sudah melakukan pelbagai usaha bagi membuktikan bahawa LAMP selamat. Seperti AELB telah menetapkan syarat ketat untuk pemberian TOL, di mana Lynas telah patuhi setiap syarat yang ditetapkan. Tak wujud masalah dalam mnegikut syarat.

Terus terang jika ada kesalahan mesti Kerajaan Persekutuan akan ambil tindakan. IAEA turut dijemput untuk memeriksa tahap keselamatan LAMP. IAEA juga telah merumuskan bahawa Lynas telah mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa, malah mengiktiraf Lynas boleh menjadi contoh dan menyumbang kepada perkongsian pengalaman di peringkat antarabangsa.

Semuanya ada di keratan laporan IAEA sebagai bukti :





Lynas mampu membuktikan bahawa LAMP beroperasi mematuhi piawaian tertinggi dan diiktiraf badan antarabangsa. Malah pakar-pakar nuklear dan radiasi termasuk ahli PAS dan Wakil Rakyat Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat turut mengakui kadar kadar radiasi yang dihasilkan oleh Lynas, iaitu 0.002mSv/tahun adalah tersangatlah rendah untuk menjadi isu.


Malah laporan The United Nations Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation (UNSCEAR) [1] [2] baru-baru ini mengesahkan kadar 1mSv tidak akan memberi kesan kepada kesihatan orang awam.

Jadi apa masalah lagi? Nak percaya Anwar cakap? Dah tahu kan dia pembohong?

K7L : Ada lagi..kita cerita pasal kenyataan Wong Tack nanti!...pencacai satu lagi..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk