22/01/2013

SAMM Akan Disiasat Polis Selepas Ceroboh Pejabat SW1M?


Laporan polis



Report ditaip oleh pengadu :

Pada 18/01/2013 lebih kurang ja 1430 hrs saya dimaklumkan oleh pegawai yang berada di pejabat Pertubuhan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) Beralamat di --------- Sri Gombak 68100 Batu Caves. 3 orang lelaki melayu bersama 1 orang wanita yang tidak dikenali telah memasuki ke pejabat SW1M. Setelah memasuki pejabat, mereka mendakwa mereka darpada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memasuki pejabat kami untuk menyerahkan surat kepada presiden SW1M, walaupun pegawai kami telah maklumkan bahawa presiden SW1M tidak ada dan tidak boleh memasuki pejabat. Namun 3 orang lelaki melayu dan wanita melayu tersebut tetap berlegar didalam pejabat dan mengambil gambar dengan mengunakan ipad. Perbuatan dan kelakuan 3 lelaki melayu dan wanita melayu tersebut membuatkan pegawai saya kurang selesa dan rasa terganggu. Pegawai saya telah menghalang 3 lelaki melayu dan wanita melayu mengambil gambar, tetapi mereka mendapati 3 lelaki melayu dan wanita tersebut tetap mengambil gambar secara senyap. 3 lelaki melayu dan wanita melayu tersebut turut meminta pegawai saya diambil gambar untuk di emailkan kepada Malaysiakini, dan menyebabkan mereka berasa takut gambar mereka dimanipulasikan di internet. Ekoran daripada perkara ini pada jam lebih kurang 1852. Saya telah dihubungi oleh pihak Malaysiakini (0322843367) meminta pengesahan tentang email yang mereka terima dari saya dan minta pengesahan sama ada saya yang menghantar email tersebut. Saya telah memaklumkan kepada mereka yang saya tidak pernah menghantar email kepada malaysiakini dan saya syaki perkara ini dilakukan oleh mereka yang tersebut diatas, iaitu mengatakan mereka dari Solidariti Anak Muda Malaysia. Tujuan saya membuat laporan polis adalah kerana mahu pihak terbabit bertanggung jawab keatas apa-apa tohmahan terhadap Presiden SW1M dan pegawai SW1M. Saya juga mahu merujuk perkara ini kepada pihak SKMM untuk tindakan selanjutnya. Sekian laporan saya.

Walaupun tidak dibenarkan masuk, namun pihak SAMM tetap ceroboh masuk dan buat sesukahati. Ini satu tindakan biadap dan kurang ajar. Malah yang masuk pejabat tu semuanya geng mahasewel. Salah seorangnya kalau tak salah Keris ialah Khalid Ismath si penganut syiah tegar dan pejuang demo diantara pelajar di Malaysia.

Baca ulasan penuh di KedahKeKL


Kiranya forum ini hanyalah satu subjek yang mahu membunuh karakter Kak Sharifah. Erti kata lain mereka yang ceroboh pejabat SW1M! Jemputan tak sah! Jangan nak tipu ya!

K7L : Sosialis itu satu ideologi yang tiada tahalluf siyasi..

1 ulasan:

  1. Assalam Bro

    Dahlah belajar bodoh... Dah nak jadi penjenayah pulak... Itulah pasalnya suruh belajar pandai2 jangan suka ikut parti politik sesat... Tangkap dan dakwa aje... Dia ingat negara ni bapak dia yang punya...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk