07/11/2012

Senarai Negara Yang Anda Mampu Jadi Raja Di Sana!



Bayangkan jika anda rasa anda hidup susah di Malaysia. pergilah ke negara-negara ini sebab kat sana kita boleh jadi 'kaya'. Kenapa? Kerana kos hidup serta kadar matawang mereka tersangat rendah. Negara mana?

1. Paraguay – Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara ini.

2. Zimbabwe – Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia selepas sistem kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai matawang Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram daging lembu berharga RM1.80.

3. Argentina – Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan dramatik daripada negara paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan kulit seperti jaket dan dompet boleh didapati dengan harga hanya satu pertiga daripada nilai yang dijual di negara lain.

4. Filipina – Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60 manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di universiti tempatan untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan = RM135.

5. Pakistan – Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!

Sumber

Jadi nak jadi raja kat negara orang?

K7L : Ambiga tu elok hidup kat Pakistan..apa ko nak buat kat sana..lantak ko lah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk