19/11/2012

Mengapa Mesti #Langat2 #IsuAirSgor – Perkara-Perkara Yang Disembunyikan Dari Rakyat Selangor!



Masih ramai yang tidak tahu apa itu #Langat2 kerana ia disembunyikan setiap hal terperinci berkenaannya supaya rakyat Selangor tidak tahu pentingnya pembinaan #Langat2. Yang diberitahu kepada rakyat Selangor Cuma #Langat2 untuk kroni BN, itu sahaja yang diulang-ulang dalam penipuan mereka kepada rakyat.

#Langat2 adalah satu projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan salah satu daripada komponen Skim Penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor yang bertujuan dalam membendung isu Air Selangor yang kian meruncing. #Langat2 memang untuk kepentingan rakyat! 



Loji Rawatan Air Langat 2 ini akan merawat air mentah dari Sg Semantan, Pahang. Untuk pengetahuan pembaca, projek ini juga melibatkan pemasangan paip-paip agihan air dan pembinaan kolam-kolam takungan air dikawasan Kuala Lumpur dan Selangor. 

Mengikut perancangan Skim Penyaluran Air ini, ia akan dilaksanakan melalui dua fasa.Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat melalui 23 pakej pembinaan termasuklah pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Jangkaan pembekalan air terawat melalui Loji Rawatan Air Selangor adalah sebanyak 1130 juta liter air sehari. 

Projek Langat 2 ini sangat relevan kerana ia merupakan projek jangkamasa panjang. Kajian telah lama dibuat sejak tahun 2000 dan hasilnya perlu pemindahan air mentah Pahang-Selangor and loji rawatan air Langat 2 untuk menangani krisis air yang bakal melanda Selangor pada tahun 2014 nanti.

Entah kenapa Kerajaan Selangor berkeras tak mahu luluskan pembinaan tersebut. Selalunya kalau 'Checkmate' begini, ada benda yang Kerajaan Selangor mahukan dari Kerajaan Persekutuan. Nak buat sistem barter.

Siap nak buat kajian dahulu untuk teknologi membran. Sudahlah kos teknologi membran mahal menurut pakar, ianya juga hanya projek jangkamasa pendek. Lebih baik buat Loji Rawatan Air Langat 2 yang buatnya sekali dan pakai sampai bila-bila. Bukan macam teknologi penapis membran yang perlu ditukar selalu. 

Loji Langat 2 ini merupakan inisiatif kerajaan Persekutuan yang prihatin tentang krisis air di Selangor. Tetapi atas dasar ego, mahu menjadi populis serta terasa terancam dari segi politik, Kerajaan Selangor berdolak dalih dan sanggup melengahkan walhal isu air adalah isu rakyat, tidak ada kena mengena dengan politik.

Krisis air dah nak sampai depan pintu tetapi Langat 2 masih mendapat tentangan. Justeru kedegilan Kerajaan Selangor telah mengakibatkan Kerajaan Persekutuan terpaksa membelanjakan RM606 juta untuk melaksanakan 8 projek mitigasi, yang fungsinya untuk melengahkan krisis air sahaja sehingga 2016. Bukankah bagus kalau RM606 juta ini dibelanjakan untuk buat rumah kos rendah, sekolah baru atau masjid di Selangor?

Malahan kerajaan negeri Selangor telah terlibat dalam melaksanakan 5 projek daripada 8 projek bagi membendung #IsuAirSgor. Cakap cukup air, projek mitigasi nak pula. Pelik kan?

Bukankah ini bukti bahawa Kerajaan Selangor secara tidak langsung mengiakan masalah krisis air yang semakin meruncing jika langkah mitigasi tidak diambil. Mitigasi setuju sebab dapat projek!

Tetapi yang tidak fahamnya, projek Langat 2 mereka berdolak dalih pula. Seolah tidak faham masalah ketidakcukupan air terawat yang akan menjadi kritikal menjelang 2017, sebab itu #Langat2 perlu dibina.

Projek ini adalah untuk menjamin kecukupan air terawat untuk jangkamasa yang panjang.
Dan pembinaan Langat 2 perlu disegerakan kerana ia mengambil masa selama 48 bulan. Bukan ada magik, loji boleh siap dibina bila air dah tak cukup!

Jadi nak tangguh lagi buat apa? Lebih praktikal dan berupaya menjana air terawat bagi jangka masa panjang. Bina sahaja Langat 2!

K7L : Agaknya Kerajaan Selangor akan setuju bila projek Langat 2 tu diberikan kepada mereka!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk