23/11/2012

Gagal Penstrukturan Air - Khalid Tuduh Salah Kerajaan Pusat Atas Kebodohan Sendiri? #IsuAirSgor




Inilah jadinya kepada kerajaan Pakatan Selangor yang bersifat ego serta bodoh sombong. Kini mereka tuduh Kerajaan Pusat apabila mereka gagal dalam pelaksanaan penstrukturan semula air di Selangor. Mereka mula tuduh kononnya Kerajaan Pusat enggan turut serta dalam pengambilalihan syarikat konsesi. Walhal lampu hijau telah lama diberikan oleh Kerajaan Pusat supaya Kerajaan Negeri Selangor membeli syarikat-syarikat konsesi air di Selangor.

Tidak timbul masalah malahan Kerajaan Pusat telah umumkan banyak kali yang mana Pusat akan memberikan kerjasama penuh untuk penstrukturan semula air dan perancangan-perancangan khusus bagi membendung krisis air yang kian meruncing.

Mengikut sebahagian Kertas Putih Penstrukturan Air :


Ha! Kan dah sendiri sebut, ambil alih aset dan ekuiti syarikat konsesi yang akan menamatkan perjanjian konsesi air sedia ada. Apa yang hendak distrukturkan kalau ekuiti dan aset milik orang lain. Kerajaan Pusat melalui Pengurusan Aset Air Berhad boleh bantu Khalid menstruktur semula, tapi beli aset dan ekuit syarikat konsesi.

Takkan nak bincang dengan syarikat konsesi pun Kerajaan Pusat nak kena buatkan? Inilah masalahnya yang akan timbul jika hanya tahu cari salah orang lain untuk kuasa, bila kuasa memerintah berada dalam tangan, terus kelam kabut tak tahu nak buat apa. Buat kerja mereka tak tahu, yang pandai Cuma menyalahkan orang lain atas kelemahan mereka sendiri.

Keris nak beritahu pembaca, jangan mudah tertipu dengan ayat-ayat pusing mereka. Penstrukturan Air ini tidak ada kaitan langsung dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Paling utama dalam isu ni, masukkan pointer yang mengatakan bahawa penstrukturan semula air ni takde kena mengena dengan Langat 2Ia adalah 2 perkara berbeza!

Projek Langat 2 perlu bagi membendung krisis air yang akan menjadi kritikal menjelang tahun 2016. Penstrukturan semula air adalah cuma tukar tuan dan susun balik jer operasi untuk Khalid monopoli bisnes air di Selangor ni. Kan dua benda yang berbeza?

Senang cerita Langat 2 dibina untuk merawat air, nama pun Loji Rawatan Air Langat 2 kan? Tidak ada kene mengena langsung dengan penstrukturan semula air. Malahan pakar air juga ada menyebut bahawa nak buat penstrukturan semula air tidak menjadi masalah malahan itu inisiatif yang baik tetapi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 perlu disegerakan.

Yang peliknya, Kertas Putih tak sebutlah pulak adakah penstrukturan air ni boleh menampung permintaan air yang meningkat? Masalah adalah bekalan air tidak cukup! Berapa banyak air boleh tambah dengan penstrukturan? Mana pendapat pakar air?

Khalid sebenarnya mahu segala usaha menyelamatkan Selangor dari kekurangan air rawatan, bukan air mentah yang melimpah ruah, diberi kredit kepada beliau dan PKR untuk kelebihan meter politik. Jika tidak, rakyat Selangor akan kata Khalid dan PKR gagal.

Khalid tahu Langat 2 tu wajib sebab itu dia gabungkan dengan program struktur semula pengurusan air di Negeri Selangor sebab nak suruh Kerajaan Persekutuan "pujuk" syarikat konsesi. Kerajaan Persekutuan berkali-kali menyatakan ia adalah dua usaha yang berasingan dan tidak perlu dicampur aduk untuk merumitkan lagi keadaan.

Sudahlah tidak Nampak mana satu yang lebih penting, kini tuduh kerajaan pusat pula atas kegagalan perancangan yang tidak tersusun 

Bina sahajalah Loji Rawatan Air Langat 2! Susah sangat nak faham? Masa sudah semakin suntuk, hari-hari Keris menulis pasal Langat 2 tetapi tetap tak dibina. Merungut dan menuduh semua orang atas kegagalan urus tadbir negeri sendiri tidak membuahkan hasil kepada rakyat Selangor.

Dengan usaha sabotaj Khalid, siapa yang rugi sebenarnya?

Rakyat Selangor akan menderita kelak pun nak tuduh orang lain walhal kerajaan negeri Selangor yang sehingga hari ini melambatkan proses pembinaan Langat 2?

K7L : Susah kalau hanya tahu tuduh tapi tak tahu buat kerja..cakap banyak..

2 ulasan:

  1. Syafina Abd Rahman6 December 2012 at 21:42

    Sepatutnya MB Selangor perlu berhenti mengelirukan rakyat dengan keluarkan kenyataan berbeza acap kali ditanya mengenai penyelesaian muktamad isu air di Selangor. Sekejap mahu laksana penstrukturanlah, sekejap lagi kata mahu ambil alih syarikat konsesi air pula, sekejap lagi kata mahu laksana model holistik la... Yang mana satu betul ni? Rakyat dah tak mahu dengar lagi temberang MB kerana yang penting sekarang ialah menyegerakan projek Langat 2 yang merupakan tonik ajaib selesaikan isu air di S'gor.

    Seperkara lagi, mengenai pendedahan kertas putih isu air baru2 ini yang jelas tak banyak membantu rakyat memahami isu sebenar berkaitan air. Pendedahan kertas putih tidak lain tidak bukan hanya sebagai topeng untuk menutup kelemahan kerajaan negeri yang hanya pandai berdolak dalik dari menyelesaikan segera krisis air di Selangor. Hanya mereka yang buta hati sahaja menerima kertas putih tersbut seadanya sedangkan krisis air tetap gagal diselesaikan

    ReplyDelete
  2. Even if the Selangor state government offered RM10billion, and still the two water concessionaires refuse to accept it then its of no use. After all it’s a basic principle of business process. The question is why must Khalid exaggerate this issue and politicize it to the maximum?

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk