20/11/2012

Tahu Apa Itu Undang-Undang Geneva Yang Israel Tolak? #Peace4Gaza






Konvenseyen Geneva

Konvensyen Geneva mengandungi empat perjanjian yang dibuat di Geneva, Switzerland, yang menetapkan piawaian bagi undang-undang antarabangsa berkaitan kemanusiaan. Empat perjanjian ini menjadi dasar kepada undang-undang kemanusiaan di seluruh dunia.

Perjanjian ini berkenaan layanan kepada orang yang cedera, orang awam, mangsa nahas kapal dan tahanan perang. Ia tidak melibatkan penggunaan senjata dalam perang yang berada dalam ruang lingkup Konvensyen Hague 1899 dan 1907 dan Protokol Geneva berkenaan penggunaan senjata gas dan biologi tahun 1925.

Konvensyen Geneva dibuat hasil daripada usaha Henri Dunant yang mendapat mendapat ilham daripada kekejaman yang disaksikannya dalam Pertempuran Solferino tahun 1859. Pada tahun 1977 dan 2005, terdapat tiga pindaan berasingan dalam Konvensyen Geneva.

Penerimaan Konvensyen Pertama diikuti dengan penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah pada tahun 1863.


Konvensyen 1 & 2

Anggota tentera yang sakit cedera (yang tidak bersenjata) tidak boleh diserang. Mereka hendaklah dilayan dengan baik. Jika ditawan, mereka hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuh menjaga anggota mereka sendiri yang cedera.

Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengambil tindakan seberapa daya yang boleh mencari dan mengumpul mereka yang cedera dan sakit serta melindungi mereka daripada dianiaya.

Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikumpul dan dikebumikan atau dibakar dengan penuh penghormatan. Butir-butir diri mereka hendaklah diberi kepada agensi-agensi yang berkenaan supaya saudara mara mereka boleh dihubungi. Barang kepunyaan mereka tidak boleh dicuri.

Anggota-anggota perubatan, sama ada berkhidmat dengan tentera, Palang Merah, atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak dianggap sebagai kombatan. Mereka tidak boleh diserang. Mereka dibenarkan merawat orang-orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan.

Pasukan tentera boleh menahan anggota perubatan tentera dan guru agama tentera supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan agama tawanan perang. Mereka tidak dianggap sebagai tawan perang, dan hendaklah dibebaskan bila khidmat mereka tidak diperlukan lagi.

Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka.

Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang.

Konvensyen 3

Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor pengenalan. Maklumat ini hendaklah dihantar kepada kuasa-kuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka.

Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam (seperti mengurung, tidak diberi makanan) untuk mendapatkan maklumat.

Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik. Mereka tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains.

Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang terdedah kepada pertempuran. Keadaan hidup mereka (seperti makanan, perlindungan, pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota tentera pihak musuh.

Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah baik supaya tawan peang berada dalam keadaan yang selesa.

Tawanan perang hendaklah dibenar mengamalkan suruhan agama mereka.

Tawan perang hendaklah dibenarkan beriadah, membaca dan bersukan.

Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran yang berpatutan.

Tawanan perang hendaklah dibenar menerima dan mengirim surat dan juga menerima bungkusan barang (seperti makanan, pakaian, buku dll).

Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang.

Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah dihantar pulang.

Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan

Konvensyen 4

Mereka yang cedera, tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah dipindahkan dari kawasan pertempuran.

Rumah sakit awam dan anggotanya hendaklah dilindungi daripada serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan.

Laluan bebas hendaklah diberikan kepada peralatan dan bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan.


Tindakan harus diambil oleh pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka dengan keluarga akibat peperang diberi makanan, pelajaran, tempat tinggal dan pendidikan.

Orang-orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Mereka berhak dihormati mengenai agama, adat dan kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur.


Adalah dilarang menggunakan paksaan terhadap orang awam untuk mendapatkan maklumat.

Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang.

Orang awam yang membuat kesalahan hendaklah dibicarakan di mahkamah.

Sumber : Wikipedia

Agak-agak pembaca semua, adakah semua undang-undang itu dipatuhi oleh Israel? Lihat gambar-gambar di bawah sebagai bukti :





K7L : Tak berlaku di Malaysia..bersyukurlah!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk