13/11/2012

Kerajaan Selangor Penjana Masalah Rakyat- #IsuAirSgor Masih Dipermainkan?



Sejak Pakatan Selangor menjajah negeri Selangor, tidak pernah lekang kontroversi yang timbul setiap kali ada urusan melibatkan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak kira siapa sahaja yang berurusan pasti akan wujud masalah.

Kerajaan Pakatan Selangor ini terkenal dengan ‘flip-flop’ mereka. Yang dahulunya salah kini semuanya jadi betul. Yang dahulunya haram kini terus menjadi halal. Contohnya isu kronisme, bukan main banyak tuduhan dilemparkan kepada kerajaan BN yang ketika itu memerintah.

Kini mereka seperti menjilat kembali apa yang telah mereka ludah suatu ketika dahulu. Siapa tidak tahu tentang Isu Talamgates? Rakyat Selangor juga sedar dengan isu rampasan tanah di Pulau Carey yang melibatkan usahawan bumiputera oleh Yayasan Selangor.

Rakyat juga tidak lupa tentang isu mahu tutup kilang arak tetapi sehingga hari ini masih lagi tersergam indah. Kini isu air pula dipermainkan dalam permainan polemik politik sempit mereka. Sengaja dilambat-lambatkan dengan seribu satu alasan.

Keris sehingga hari ini masih buntu dalam mencari jawapan mengapa mereka tidak mahu bina Loji Rawatan Air Langat 2.

Pemberian subsidi air sebanyak 20m3 setiap bulan dijadikan alasan konkrit yang dijual untuk mengaburi mata rakyat tentang isu air. Walhal mereka tahu masih ada juga yang tidak menerima subsidi tersebut. Mengapa ada yang tidak dapat? Mengapa perlu ‘double standard’ jika mampu beri air percuma? Apa masalah pada rumah-rumah flat? Anda mahu tertipu lagi dengan pembohongan mereka?

Bagi membendung isu air, satu idea yang kata mereka lebih murah berbanding pembinaan Langat 2 akan dibangunkan, iaitu pemasangan sistem penapis membran pada tiga bekas loji rawatan air yang telah ditutup lama.


Tapi kalau difikirkan kalau Selangor ni cukup air bak kata Kerajaan Pakatan Selangor, kenapa perlu cari jalan nak tingkatkan bekalan air? Hairan juga.

“Sekarang kita berikan tempoh dua bulan kepada syarikat jurutera perunding untuk melaksanakan kajian menyeluruh dan kemukakan kertas kerja yang lengkap kepada Kerajaan Negeri.

“Apabila diteliti, kita boleh kenal pasti teknologi yang akan digunakan bagi merawat air yang disalurkan dari Sungai Damansara itu sama ada teknologi membran atau kaedah konservatif sedia ada,” katanya ketika mengadakan lawatan di loji tersebut, semalam. – Xavier Jayakumar

Keris terhidu pendustaan kata-kata yang menyembunyikan fakta sebenar. Mereka lambatkan lagi proses menyelamatkan Negeri Selangor daripada krisis air dengan mahu membuat kajian rintis pada loji-loji yang ingin dibuka. Makan masa dua bulan minimum untuk mendapatkan keputusan tepat. Nampak tak sikap acuh tidak acuh mereka dalam menyelesaikan masalah ini?

Terlihat muslihat mereka apabila menyembunyikan fakta bahawa air mentah Sg Damansara adalah air yang tercemar dengan kualiti airnya berada di Kelas 4. Jimat dari sudut mana jika mahu menapis bagi menghasilkan air bersih, sudah tentu memerlukan proses berulang. Kan kosnya akan menjadi tinggi? Bukankah pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 telah lama dikaji dan pakar air sendiri menyarankan pembinaan tersebut. Ini masalahnya jika Kerajaan Negeri Selangor angkuh dan mahu jadi hero dalam krisis air.

Isu wang dijadikan perisai pencak mereka, Xavier kata tidak perlu berbelanja sebanyak RM6 billion untuk pembinaan Langat 2 sedangkan membangunkan semula loji terbiar itu hanya menelan kos RM1.5 juta. kos pemasangan teknologi sistem penapis membran serta menaiktaraf yang mencecah RM80 juta. Itu tidak termasuk kos rawatannya, RM1.00 ~ RM1.90 bagi 1000 liter air. Lagi tercemar airnya, bermakna penyulingan/proses menapis berulang perlu dilakukan. Tetap memakan kos tinggi serta proses berulang memakan masa.

Jika dihitung semula secara keseluruhan, bukankah ia menelan kos yang lebih banyak? Teknologi membran ini sudah pasti memerlukan penggantian penapis serta penyelengaraan yang berterusan. Kena faham bahawa teknologi membran ini hanya menyekat zarah-zarah bahan tercemar tertentu daripada air mentah menjadi air bersih tetapi ia tidak menambah jumlah air. Selain itu, umum tahu penapis membran hanya untuk jangakamasa pendek sahaja, mengapa tidak dibuat sahaja Langat 2 yang boleh guna sampai bila-bila?

Apakah mereka sebenarnya punyai agenda mahu melenyapkan status negeri maju dari Selangor? Kerana isu air ini, kilang-kilang tidak dapat dibuka sekaligus menutup peluang pekerjaan buat rakyat Selangor. Sudah nampak antara kesan-kesan yang akan wujud jika isu air ini dilambat-lambatkan? Jika dilewatkan pembinaan Langat 2, kelak menjelang 2016 Selangor akan mengalami krisis air yang sangat kritikal. Waktu itu nak kaji apa lagi?

Buat sahaja Langat 2, kerajaan persekutuan dah berjanji nak bantu. Boleh simpan duit rakyat untuk kegunaan lain. Kenapa bila kerajaan persekutuan yang tanggung, boleh cakap tariff naik walhal telah diperkatakan tidak? Tapi bila kerajaan Selangor buat, tariff langsung tak sebut.

Mengapa masih berdolak dalih? Sehingga jari ini cabaran Keris supaya Xavier membentangkan kos keseluruhan kepada rakyat masih belum ada balasan. Takut kantoi?

Inilah lagak populis yang digarap oleh Pakatan Selangor untuk jangkamasa pendek, yang mana akan membina satu kesusahan jangkamasa panjang buat rakyat Selangor.

K7L : Rakyat Selangor jangan tertipu dengan muslihat mereka..mereka hanyalah populis yang angkuh..bukan membawa aspirasi rakyat yang sebenar..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk