15/11/2012

PKR Gelar Penjawat Awam Sebagai Monyet?

\

Ramai kata didalam sektor kerajaan ada juga penyokong PKR. Kini mereka dihina oleh kepimpinan parti mereka sendiri dengan gelaran monyet. Nak kata apa?



Cuepacs Mahu Derek Fernandez Mohon Maaf Ibaratkan Kakitangan Awam Sebagai Monyet


KOTA KINABALU: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)Derek Fernandez memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang mengibaratkan penjawat awam sebagai 'monyet' ketika mengulas isu pertukaran Datuk Bandar MBPJ.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata Cuepacs kesal dan memandang serius kenyataan itu dan mahu ahli MBPJ itu membetulkan kenyataan tersebut.

"Kalau betul apa yang disebut oleh saudara (Derek Fernandez)..kita mahu beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penjawat awam dan dia juga kena buat pembetulan ayat itu.

"Kalau dia tidak minta maaf maka Cuepacs akan memanggil satu mesyuarat tergempar dan kita akan buat piket di hadapan bangunan di mana beliau bertugas...kita kesal kerana belum pernah berlaku seorang ahli majlis menyebut penjawat awam sebagai "monyet'," katanya pada sidang media di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Kepayan, dekat sini pada Rabu.

Omar mengulas kenyataan ahli majlis MBPJ itu berhubung pemilihan calon Datuk Bandar MBPJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggantikan penyandang Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dinaikkan pangkat ke jawatan baharu.

Fernandez dipetik sebagai berkata dalam akhbar Malay Mail, "let's see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject" (mari tengok dulu siapa calonnya. Jika mereka nak calonkan 'monyet', kami akan tolak").

Omar berkata ini adalah kenyataan "biadab" kerana beliau "tidak sepatutnya mengelar siapa sahaja pegawai yang datang sebagai "monkey" kerana ia adalah di bawah bidang kuasa pihak JPA untuk menghantar pengganti yang sesuai.

"Bukan maknanya dia datang tak sesuai dan ditolak atau bila diganti dikatakan 'monkey'...ini satu perkara yang tidak boleh terima," katanya sambil berharap perkara seumpama itu tidak berulang. - BERNAMA


Teringat dulu DAP ada kata akan kurangkan penjawat awam jika mereka berkuasa. Kini PKR gelar penjawat awam monyet. Nak sangat mereka?

K7L : Tak reti hormat orang lain..itu yang nak disokong?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk