Oh ya anda boleh follow @unitmediabaru dan UMB_PAU2012 untuk cerita mengenai Perhimpunan Agung UMNO. Live Update bro! Selain itu, semua blogger UMB juga akan update melalui semua medium media sosial.
Dari facebook boleh like page ni https://www.facebook.com/PerhimpunanAgungUMNO2012
Bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), yang akan diadakan bila-bila masa sahaja, anggota perwakilan Pemuda Umno seharusnya dapat mencambah fikiran untuk merangka dan memperkasa strategi, sekaligus menterjemahkan sokongan generasi muda kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tegas mengingatkan para perwakilan perhimpunan sayap Pemuda Umno nanti agar membekalkan diri dengan hujah yang akan disampaikan pemimpin dan mesej kepada rakyat.
"Hujah ini kekuatan kepada kita (Pemuda) dan perlu kita bawa balik ke kawasan masing-masing bagi kita sebarkan kepada rakyat. Ini pentas keramat, saya beri kebebasan (berbahas) jadi mereka perlu beri cadangan yang bernas dan jangan terlalu beretorik.
"Kita (Pemuda) harus menggunakan peluang ini untuk memberitahu dunia luar bahawa Perhimpunan Agung Umno bukan untuk ahli kita atau perwakilan sahaja tetapi tujuannya untuk menghantar mesej dan isyarat yang jelas kepada rakyat iaitu Umno komited untuk berkhidmat demi rakyat," katanya kepada Bernama.
Perhimpunan Umno akan dimulakan dengan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri esok di Pusat Dagangan Dunia Putra. Setiap sayap akan diwakili 991 anggota, manakala Perhimpunan Agung Umno Khamis ini akan mengumpulkan 2,759 anggota yang akan bersidang sehingga 1 Dis.
Seperti sayap Umno lain yang memberi fokus agenda utama perhimpunan agung berbincang mengenai persiapan akhir menghadapi PRU-13, Khairy mahu kira-kira 700,000 anggota Pemuda Umno memainkan peranan lebih besar menjelang pilihan raya umum dan tidak hanya berada di takuk lama sebagai pemasang bendera, penggantung poster dan juga penjaga keselamatan.
"Pemuda mampu memainkan peranan lebih besar khususnya dalam konteks perang minda yakni menawan minda dan hati rakyat. Bagi saya itu lebih penting daripada melakukan kerja-kerja rutin.
"Selain itu tidak kekok saya katakan Pemuda perlu memainkan peranan sebagai peraih undi bersama sayap Wanita serta Puteri yang pergi rumah ke rumah, ada juga rumah yang mana penghuninya orang muda, jadi lebih sesuai Pemuda berada di sana," kata Khairy.
Anggota Parlimen Rembau itu berkata generasi muda mesti tahu apakah implikasi pilihan mereka pada PRU-13 terhadap masa depan negara dan bahawa senario inilah pilihan yang terpaksa mereka hadapi.
Khairy berkata ada pihak yang berpendapat bahawa pengundi muda merupakan faktor penentu kepada PRU-13 disebabkan sifat atas pagar dan sokongan mereka lebih mudah dilentur berbanding penyokong tegar sesebuah parti yang telah diketahui arah sokongan mereka.
"Sokongan yang mudah dilentur itu juga menjadi faktor mengapa pengundi muda harus diberikan tumpuan daripada meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka yang telah 'buta hati' terhadap jasa dan bakti Umno.
"Mereka yang buta hati terhadap kebaikan yang dibawa Umno saya ketepikan kerana tidak ada hujah yang boleh memenangi hati mereka. Majoriti orang muda yang termasuk dalam kelompok atas pagar dan mereka yang boleh diberi keyakinan akan menjadi sasaran," katanya.
Khairy berkata senjata terpenting dalam memenangi hati pengundi ialah hujah yang tepat dan berkesan, bukan retorik semata-mata.
Penggunaan media baharu seperti Twitter, Facebook dan portal berita merupakan antara cara terbaik meraih sokongan pengundi muda kerana lebih 80 peratus daripada pengundi di bawah umur 40 tahun itu mendapat maklumat terkini daripada media digital.
"Apa yang menarik mengenai media baharu dan pengundi ini ialah adanya informasi sumber orang ramai dalam satu tempat dan informasi ini bukan informasi jenis satu hala seperti dalam media arus perdana. Inilah yang kita perlu gunakan sepenuhnya bagi menarik sokongan generasi muda yang berada atas pagar sokong kita.
"Buat permulaan jangan sama sekali kita tapis media baharu ini. Bila satu isu mengenai kita muncul pada media itu, kita perlu balas kembali dengan fakta yang relevan dan berhujahlah pertahankan kes kita dan kita perlu lakukan ini dengan pantas kerana pusingan media ini kurang lima minit berbanding arus perdana kira-kira 24 jam," katanya.
Selain menggunakan media baharu, Khairy berkata kerajaan dan Pemuda Umno mengambil langkah turun padang dan mendengar secara langsung apa yang ingin diperkatakan pengundi muda, kerana era kerajaan tahu apa yang terbaik untuk rakyat, telah berakhir.
"Bukan lagi masanya untuk berteka teki. Kita mesti tahu apa yang diperlukan oleh generasi ini dengan penglibatan bersama generasi ini. Kita dengar apa mereka kata dan mahu kemudian laksanakan, kita tidak sesekali dengar sahaja," katanya.
Hasilnya, kata Khairy, berlakulah transformasi berlandaskan 'politik khidmat bakti' Pemuda Umno bangkit membantu generasi muda menerusi pelbagai program seperti Pameran Kerjaya Pemuda BN yang disasarkan untuk mengatasi isu kebolehpasaran pekerjaan rakyat bagi membolehkan mereka memperoleh pendapatan tinggi. - BERNAMA
K7L : ayuh!
0 ulasan:
Post a Comment