17/11/2012

11 Resolusi Wacana Mengembalikan PAS ke Landasan Asal




Pada 10 November 2012 yang lepas bertempat di Hotel Vistana, Kuala Lumpur satu forum bertajuk "Wacana Mengembalikan PAS ke Landasan Asal" telah diadakan. Program tersebut telah menghasilkan 11 Resolusi iaitu:

11 Resolusi yang dicapai hasil daripada wacana tersebut:

1. PAS mesti mengembalikan kepimpinan ulama untuk menerajui PAS di seluruh peringkat.

2. PAS mesti menentukan bahawa parti itu terus bergerak sebagai parti politik dan gerakan Islam.

3. Agenda gerakan Islam mesti diutamakan melebihi ianya sebagai sebuah parti politik semata-mata.

4. Setiap ahli PAS yang diberi peluang memegang jawatan dalam parti hendaklah terlebih dahulu diberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.

5. Pimpinan PAS mesti mencerminkan sifat menghormati pandangan dan cadangan ahli di peringkat akar umbi.

6. PAS harus menimbangkan dengan serius ruang kerjasama sesama Islam dan Melayu termasuk dengan Umno.

7. Dalam sistem tahalluf siyasi, PAS mesti menjadi parti peneraju, bukan mengikut telunjuk DAP dan PKR.

8. Pimpinan PAS tidak seharusnya terlalu menyanjung pimpinan DAP dan PKR, dalam masa yang sama menghina pimpinan sesama Islam.

9. PAS mesti segera mengkaji hubungannya dengan PKR dan DAP. Dan sekiranya perlu mengadakan Muktamar khas memandangkan pimpinan parti-parti tersebut telah menggelincirkan hala tuju PAS untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.

10. Hubungan pimpinan dan pengikut mestilah berdasarkan kepada kedua-dua prinsip iaitu ‘al-walak’, ‘wal-barrak’.

11. Wacana yang diadakan hari ini hendaklah diadakan di peringkat negeri bagi memberi peluang kepada ahli dan penyokong-penyokong di peringkat negeri untuk menyertai wacana yang seperti ini untuk memberikan input.

Harapan

1. 11 Resolusi ini adalah tindakan terbaik untuk menyelesaikan masalah ancaman terhadap Islam yang melanda Malaysia ketika ini.

2. Diharapkan juga supaya 11 Resolusi ini dapat di bawa ke Muktamar PAS Kebangsaan yang bakal dilangsungkan di Pengkalan Chepa pada 14-18 November ini.

3. Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sepatutnya dihormati oleh semua pihak.

4. Dalam kedudukan menjadi sebuah parti pembangkang, PAS sepatutnya memainkan peranan untuk 'Periksa dan Seimbang' (Check & Balance) polisi kerajaan dan bukannya menghentam semberono apa-apa tindakan kerajaan.

5. Tanggung jawab ini pernah dijalankan oleh PAS dengan baik sebelum bermulanya zaman 'Pakatan Rakyat', sebelum Anwar Ibrahim menjadi ketua Pembangkang.

6. 70% rakyat Selangor mengharapkan PAS dan UMNO dapat bergabung bagi tujuan mempertahankan agama Islam dan kepentingan Melayu.

7. Islam itu sendiri mengajar tentang perpaduan dan kasih sayang, bukannya perpecahan dan kebencian.

8. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

Truth Vaccine

K7L : Nak tunggu bila mereka nak bahs 11 resolusi tersebut..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk