27/11/2012

@hannahyeoh Sahkan #IsuAirSgor Berlaku Biarpun @KhalidIbrahim Kata Air Cukup?



SHAH ALAM, 26 NOV: Luas (Lembaga Urus Air Selangor) berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai agensi yang bertanggungjawab menyelia dan memantau bekalan air bagi penduduk Lembah Klang. Kejayaan agensi tersebut mendapat pengiktirafan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab soalan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam persidangan Dewan Negeri Selangor hari ini.

“Luas merupakan sebuah agensi pertama di Malaysia yang ditugaskan menjaga jumlah air di Negeri Selangor. “Jadi ia adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab yang tidak ada di negeri lain lagi di Malaysia, sebab itulah saya berani bercakap mengenai air mentah sebab kita ada agensi khas,” kata beliau. – Selangorku


Haaa. Dah baca kenyataan MB Selangor yang kononnya bijak dalam tadbir urus negeri ini? Semalam dia keluarkan kenyataan hari ini dah ada aduan?

Kita dapat lihat ADUN DAP sendiri mengeluh akan masalah air yang sering berlaku di kawasan Subang terutamanya. Wah! Kata air cukup macamana pula masalah air boleh berlaku? 


Mak aihhh! Keris ingat hanya di Subang sahaja yang berlaku masalah air. Ini dah melampau sangat kalau dah banyak tempat kena. Siap kampung Keris pun ada masalah air.

Teringat pula dahulu Khalid Ibrahim kata air memang cukup. “Korang paham tak pasal isu air” – Ingat siapa cakap macam ni dulu? Beria-ia kata air cukup. Kini setelah gagal melaksanakan penstrukturan semula air di Selangor, #IsuAirSgor sudah menjadi semakin kritikal dan bukti telah ada.

Kali ini Khalid nak cakap jika ADUN Subang yang juga dalam Pakatan sendiri sudah bertanya perihal masalah air yang sering berlaku? Azmin Ali yang kata Krisis air tidak wujud di Selangor, kenapa tak jawab persoalan yang ditimbulkan oleh Hannah Yeoh?





Ini bukan kali pertama rakyat mengalami masalah tiada air. Jika di Subang, gadis tersebut mengadu pada 15 Ogos yang lalu. Selain itu ramai juga mengadu di Twitter akibat ketiadaan air. Ini bermakna masalah air setiap hari semakin meruncing. Itupun Khalid nak tipu rakyat Selangor dengan kata air ada? 

Khalid nak kata yang LUAS Berjaya pantau air dengan baik? Sehingga masalah ketiadaan air berlaku di beberapa tempat masih nak kata baik? Kalau tiada masalah air masakan rakyat mengadu kepada Hannah Yeoh?

Hannah Yeoh sendiri yang mengadu kepada PUSPEL. Dah sedarkah bahawa di Selangor akan wujud krisis air kritikal tidak lama lagi? Hannah Yeoh kena desaklah Khalid untuk segerakan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Kalau tidak menjelang 2017 memang Subang terus tak ada airlah kot. Sekarang ni musim hujan, tiap-tiap hari hujan, ada jugak kawasan tak dapat bekalan air? Kalau sekarang pun dah ada masalah apatah lagi bila musim kemarau bermula awal tahun depan nanti, apabila kekurangan air terawat menjadi kritikal kelak.

Khalid tengok atau tidak aduan di laman twitter PUSPEL? Takkan tak tahu PUSPEL kot? Talian khidmat pelanggan Syabas yang Kerajaan Negeri pegang 30%.

Atau dia memang dah tahu dan pura-pura tidak nampak? Inilah reality sebenar kegagalan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu air. Satu demi satu kegagalan berlaku diatas sikap bodoh sombong mereka sendiri.

Angkuh tidak mahu bina Loji Rawatan Air Langat 2. Kini masalah air telah berlaku di sekitar Lembah Klang, Khalid nak cakap ada air lagi? Rakyat dah nampak dan tak perlu nak selindung lagi.

Sekarang dah tahu mengapa #Langat2 perlu disegerakan? Isu air bukan perkara yang main-main sebab itu Kerajaan Persekutuan ambil berat. Kalau dah tahap macam ini pun tak sedar lagi tak tahulah!

K7L : Payah kalau hanya pandai tipu rakyat berbanding tangani dengan cepat masalah yang berlaku.

2 ulasan:

  1. suzeN warga usj1428 November 2012 18:52

    Alahai dangkal betul tuan tanah neh...subang jaya sekarang giat dengan pembinaan lrt, banyak kawasan dikorek dan paip air terpaksa dialihkan bagi kerja kerja pembinaan laluan lrt yg baru...masalah gangguan air di subang jaya adalah disebabkan pembinaan lrt, bukan pasal air tak cukup kat selangor...aduhai cakap serupa lembu shahrizat...apa pon tak boleh

    ReplyDelete
  2. ye lah tu..klang pun termasuk area subang kerrr??

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk