20/11/2012

Apa Kata Tun Mahathir Tentang Nik Aziz Kata UMNO Murtad?



SHAH ALAM, 19 Nov- Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan UMNO adalah murtad bukan saja jauh tersasar tetapi lupa mencermin diri sendiri terlebih dahulu.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata hakikatnya jika dilihat pemimpin-pemimpin yang masuk ke gereja untuk berkempen atau 'berdakwah' ialah pemimpin-pemimpin dari pakatan pembangkang.

"....dan yang bersetuju dengan pemilihan agama ini dibebaskan kepada orang Islam adalah pemimpin mereka. Kalau ulamak besar Pas mengatakan UMNO murtad, saya kira beliau tersasar dari perkara yang sebenar.

"Rakyat boleh melihat dan menilai bahawa kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO yang membina masjid, yang membina surau, yang mewujudkan berbagai-bagai agensi keagamaan YADIM, YAKIM dan sebagainya," ujarnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuang.

Tambahnya, walaupun kita tidak boleh menerima kenyataan namun mendoakan agar Nik Aziz diberikan kerahmatan oleh Allah taala dan diberikan petunjuk yang lebih jelas di masa yang akan datang.

Terdahulu, selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama. -MediaUMNO

K7L : Kan dah kena sedas..haaa..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk