11/11/2012

Orang Ini Pernah Hina Nabi? - Kini Dia Sokong Nurul Izzah Bab Murtad?




KOTA BHARU 9 Nov. - Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana berada di pihak pembangkang.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.

Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.

"Kebelakangan ini bising pasal (kenyataan) Nurul Izzah, kesnya sebab apa? Sebabnya dia pembangkang, kalau dia bukan pembangkang pasti tidak mengapa.

"Bekas Ketua Polis pernah kata saya bapa kafir tetapi semua senyap belaka, sebabnya dia menuduh Nik Aziz yang merupakan pembangkang, jadi kata apa pun surat khabar senyap, radio senyap.

"Tetapi apabila Nurul Izzah buat keluar sedikit kenyataan, walaupun kenyataan dia boleh jadi celaru sungguh, tetapi geger gegok (amat riuh) lebih daripada meriam buluh, meriam besi," katanya semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini. - UTUSAN


Makin hari makin bengap bila baca kenyataan yang dicakap oleh Pok NIk. Dia kata Nurul Izzah kena 'troll' pasal dia pembangkang. Hallo! Sekiranya dia orang BN, Keris tidak teragak-agak mengehentam dia malahan lagi teruk.


Pembangkang atau kerajaan, kalau salah sebut, salah tetap salah. Kami tidak bias dalam menyyentuh isu agama. Murtad bukan benda main-main. Sekarang dia perlu tarik balik kenyataan.

K7L : Pakatan Pembangkang melahirkan ramai Moron Politicians..

1 ulasan:

  1. sebagai umat islam yang cintakan agama Allah ini, maka marilah kita sama-sama mengamalkan bacaan yasin dan mohon Allah jauhkan bala yang dibawa oleh pakatan haram ini. dan sebagai mengambil berkat dari doa pemimpin yang adil lagi zuhud iaitu tuan guru nik aziz nik mat yang mashur itu maka marilah kita gunakan doa tersebut, “ya Allah dengan berkat bacaan yasin dan berkat doa tuan guru nik aziz nik mat yang telah memohon puak yang batil itu hancur lebur dan dihantar tentera ahzab musnahkan mereka … engkau hantarkanlah tentera ahzab dan musnahkan mereka yang batil itu … yang mengamalkan fahaman asobiyah iaitu mempertahankan puak-puak mereka sekiranya puak mereka berzina mereka halalkan dengan berkata tidak salah sifulan berzina dengan bini orang, dan berkata siapa yang fitnah pemimpin mereka meliwat maka orang tersebut perlu jilat kaki pemimpin tersebut dan menggunakan medan ceramah dan kutbah jumaat untuk mempertahankan pemimpin tersebut … itulah amalan asobiyah yang paling hina … musnahkan kesatuan mereka dan pemimpin mereka yang sesat dan menyesatkan itu … ilmuan mereka juga enggan menegur sesama sendiri apabila ada diantara mereka yang mahu berkawan dengan iblis demi menjatuhkan kepimpinan sekarang … musnahkan mereka itu kerana mereka adalah asobiyah yang dihina oleh nabiMu. dan ya Allah ya tuhanku engkau munsahkan pemimpin mereka yang meliwat itu sebagaimana engkau musnahkan puak nabi lut …”

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk