07/11/2012

#IsuAirSgor : PAS Sokong Membabi Buta – @xavierjayakumar Tak Faham Guna Teknologi Membran?



Kini kelihatan #IsuAirSgor kian hangat di Selangor. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengelirukan rakyat asalkan Kerajaan Negeri Selangor dapat melaksanakan Sistem Teknologi Penapisan Membran untuk menangani krisis air di Selangor.

Bermula dengan menghantar pakar penipu rakyat, Azmin Ali untuk menyampaikan mesej bahawa di Selangor tidak wujud krisis air [Klik Sini] dan kini drama digarap lagi dengan sokongan PAS bersama NGO upahan mereka.

Selain itu Xavier Jeyakumar juga dihantar untuk ‘twist’ isu air supaya rakyat melihat mereka tidak bersalah dan mereka yang jadi hero dalam isu air walhal Kerajaan Persekutuan yang mengambil inisiatif membantu rakyat Selangor membendung krisis air yang semakin meruncing.

PAS Selangor Sokong Tindakan Kerajaan Negeri Selangor


Mereka terlupa bahawa air merupakan satu keperluan asas harian yang digunakan oleh rakyat mahupun industry. Ini bermakna isu air bukanlah sesuatu yang boleh dipolitikkan. Tindakan PAS menyokong tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan Teknologi Membran.

PAS menuduh isu air ini seakan dikomersialkan untuk memberi kekayaan kepada kroni BN walhal Kerajaan Persekutuan meletakkan politik ke suatu sudut yang lain dan mahu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor atas dasar prihatin kepada rakyat Selangor.

PAS juga menunjukkan bahawa sebenarnya Pakatan Pembangkang amat terdesak untuk mengambil alih konsesi air di Selangor. Mahu mengaut keuntungan dan boleh digunakan untuk tujuan kempen pilihanraya? Tidak mustahil Kerajaan Negeri Selangor mahu mengaut keuntungan melalui pelaksanaan Sistem Teknologi Penapisan Membran, kerana kosnya amat tinggi.

PAS juga berbangga dengan pemberian air percuma oleh Kerajaan Negersi Selangor tetapi mereka tidak jujur kerana menyembunyikan isu beberapa rumah yang tidak mendapat subsidi air tersebut.


Xavier Perlu Dedahkan Kos Pelaksanaan Teknologi Penapisan Membran Secara Terperinci

Keris sedia maklum bahawa pelaksanaan teknologi penapisan membran akan menelan belanja yang amat tinggi. Boleh rujuk video dibawah untuk memahami mengapa Keris kata begitu :



Sebenarnya, jumlah kos purata bagi pengeluaran air terawat berjumlah hanya lebih kurang 18-30 sen. Berbeza dengan kos rawatan air melalui membran yang boleh mencecah RM1 – 1.90 bagi setiap 1000 liter air.

Dan apa yang tidak dinyatakan oleh Xavier adalah kos merawat air juga mengikut kelas kualiti air sungai/air mentah. Contohnya air mentah daripada Sg Damansara, kualitinya berada di kelas 4 sekaligus memerlukan lebih penapisan dan penyulingan sebelum ia menjadi air terawat.

Perlu diingat Sg Damansara membekalkan sumber air mentah kepada loji Bukit Beruntung yang telah ditutup pada tahun 1995 kerana sungai tersebut tercemar. Bayangkan jika air mentah berkualiti kelas 4 itu ditapis melalui teknologi membran, entah berapa kali perlu ditapis baru menjadi air bersih.

Dan kos pengulangan menapis melalui teknologi membran sudah tentunya mahal berbanding cara konvensional yang lebih ekonomik.

Maka Keris cabar Xavier untuk dedahkan kos memasang dan merawat termasuk servis penyelenggaraan penggunaan Teknologi Membran secara terperinci jika mahu dilaksanakan di Loji Bukit Jelutong.


Teknologi Membran Mampu Menjana Peningkatan Pengeluaran Air Terawat

Kalau ikut kata Xavier, dia membuat anggaran dengan pelaksanaan teknologi tersebut dapat menjana peningkatan air terawat sebanyak 100 juta liter/sehari. Berbeza pula dengan pendapat pakar air melalui video ini :



Mengapa perlu berbohong semata-mata untuk mengaburi mata rakyat? Satu lagi persoalan yang timbul adalah ‘Yield River’ ataupun hasil takungan sungai kepada loji cukup untuk menghasilkan 100 juta liter/sehari? Hanya akan cukup jika ‘Offriver Bunded Storage’ ditambah sama seperti Loji Rawatan Air Sg Labu.

Ironinya mengapa perlu membazir wang dengan banyak untuk sesuatu yang tidak praktikal dan hanya sesuai bagi jangka masa pendek iaitu dalam tempoh masa 1 hingga 2 tahun sahaja. 


Walhal pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 lebih efisien, praktikal bagi jangkamasa panjang serta tidak menelan kos yang banyak seperti pelaksanaan teknologi membran kerana ia sekali bina, guna sampai bila-bila.

K7L : Boxing sana-sini hanya untuk kelirukan rakyat tidak membantu dalam isu air..kerajaan Selangor tidak perlu ego!..luluskan sahaja pembinaan Langat 2!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk