30/11/2012

Wakil Kelab UMNO Luar Negara Buatkan Perwakilan Mengalirkan Airmata! #PAU2012



Tahniah kepada wakil Kelab UMNO Luar Negara, Saudara Ariff yang belajar di Tokyo. Pertama Keris nak puji dia kerana mengucapkan tahniah kepada mahasiswa tanah air yang memenangi majoriti kepada pihak Aspirasi Mahasiswa yang menolak pembangkang.

Kedua, kerana nyanyian lagu Warisan. Rasanya telah lama lagu itu tidak dinyanyikan di PWTC, tatkala dia menyanyikan lagu itu, disambung oleh ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara yang lain, kemudian semua perwakilan termasuk barisan kepimpinan UMNO, membuatkan semangat cintakan bangsa Melayu serta Islam.

Sebak juga kami yang hadir biarpun berada di luar dewan. Ramai yang menangis sehinggakan kami tidak boleh berfikir untuk mengambil gambar mereka yang menangis. Sebak memikirkan nasib anak Melayu. Jika ada yang terpesong maka kasihanlah generasi akan datang.

K7L : Ah! Mctheory pun nangis juga! Kami juga pejuang yang akan sebak jika fikir hal melayu dan Islam di Malaysia..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk