14/11/2012

Rakyat Selangor Perlu Tahu Kini Xavier & Khalid Sedang Buang Masa! #IsuAirSgor





Kita tak perlu ikut kerajaan persekutuan. Kita ada duit negeri yang boleh dibazirkan,lagipun duit jual PKNS dah nak masuk. Kita boleh lengahkan masa. Kita hanya perlu tipu rakyat Selangor dengan kajian.

Mungkin itulah yang berada di benak fikiran Xavier dan Khalid Ibrahim ketika ini. Mereka dilihat sedang berusaha keras untuk menidakkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang telah dikenalpasti oleh kajian.

Entah apa yang mereka tidak puas hati Keris tidak tahu tetapi nyata mereka berdegil dan tidak mahu dengar kata serta mempolitikkan isu Air di Selangor. Mereka yang tuduh sana sini. Walhal Kerajaan persekutuan tidak menuduh malahan menghulurkan tangan untuk membantu bagi menangani isu air yang bakal kritikal kelak.

Kini Kerajaan Selangor mahu meneruskan rancangan mereka untuk membuka semula Loji Rawatan Air Bukit Jelutong yang telah ditutup 17 tahun yang lalu atas sebab air Sg Damansara yang menjadi punca air telah tercemar.

Lebih membimbangkan mereka baru mahu menjalankan kajian untuk “kenal pasti teknologi yang akan digunakan bagi merawat air yang disalurkan dari Sungai Damansara itu sama ada teknologi membran atau kaedah konservatif sedia ada”.

Diberi tempoh dua bulan untuk buat kajian. Kalau dah tempoh kajiannya pun singkat, tak mungkin penyelesaiannya untuk jangka masa panjang.


Kalau wadah proses air berbeza yang diperkenalkan dan kerja seiring dengan yang sedia ada untuk tambah air terawat , memanglah keluaran air terawat akan meningkat. 


Pemprosesan air mentah hanya sebahagian daripada rangkaian bekalan air. Khalid terlepas pandang sumber air mentahnya. Dalam kekalutan nak tambah air terawat, terlupa ke dia nak tambah sumber air mentah? Oopss terlupa pula, Selangor ini kan banyak air. Macam duit kat dalam simpanan bank, kalau asyik keluar kat ATM dan over the counter, kalau tak tambah simpanannya, boleh ke keluarkan duit lagi?

Sedangkan Pembinaan Langat 2 telah dikaji oleh pakar air setelah sekian lama. Tak perlu nak kaji lagi tinggal nak bina dan beroperasi sahaja. Tak perlu nak buang masa. Entah agenda apa yang disembunyikan oleh kerajaan Selangor tidaklah pula Keris tahu.

Jika keadaan air di Selangor belum mencapai tahap kritikal, masakan pihak SYABAS telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan 367 tangki static dan 42 lori tangki disediakan? Lagipun kerajaan Selangor kan empunya Syabas gak, mestilah tahu apa sedang berlaku!! Kan dah disuruh Khalid meeting setiap hari. Ini bermakna keadaan semakin meruncing dan kecemasan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Penyelesaian kerajaan Selangor ni macam main silap mata.. Mula-mula tarik dari topi, keluar air lombong, tarik lagi sekali keluar struktur semula, tarik lagi muncul membran lah pula. Lepas ni apa? Jalan penyelesaian kerajaan Selangor macam keseronokkan tengok silap mata, sementara saja rasa syoknya, tetapi bahana melengahkan isu air akan yang dirasai rakyat berpanjangan.

Mengapa perlu buang masa? Bina sahaja Langat 2 dan tidak perlu bersusah payah sebegini. Kerana mahu politik senantiasa, kelak yang rugi adalah rakyat Selangor. Waktu itu Kerajaan Selangor nak tuduh salah siapa pula? Salah bahan tercemar dalam sungai?

K7L : Ini akibatnya salah pilih kepimpinan Negeri..hancur negeri..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk