Diatas adalah beberapa potongan ucapan YAB Presiden UMNO ketika ucapan dasar. Namun bait-bait yang membuatkan ramai sebak dan menitiskan airmata berbunyi begini :
Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan.
Ramai yang menangis teresak-esak apabila mendalami maksud permohonan maaf daripada seorang pemimpin negara. Betapa rendahnya hati beliau. Ayuh beri mandat kepada beliau untuk PRU13 kelak.
Baca ucapan penuh YAB Presiden di [SINI]
K7L : Airmata menitis..tanda menghargai perjuangan bangsa, agama dan negara..
Seorang pemimpin yang baik semestinyalah memohon maaf kepada orang bawahan pimpinannya kerana setiap kita mempunyai kekuatan dan kelemahan...maka dari kesedaran inilah perlunya kita memperbaiki diri dan melonjak usaha untuk terus memberi kidhmat yang terbaik.
ReplyDeleteApapun jika kita merasakan diri sudah terlalu alim dan pandai hingga tiada siapa yang layak menegur maka kecelaruan akan timbul apa lagi kerana minda sudah dihimpit untuk sentiasa tunduk dan patuh pada kata-kata seseorang yang dianggap terbaik....dan akan bersalah jika kita melawan arus...walahualam
cuma nak tambah sikit lagi.lepas pru 13 ajenda menegakkan islam kita mantapkan lebih lagi. rakyat yang keliru sama2 kita betulkan. amalan salahlaku kita hapuskan,undang2 daulatkan,negara majukan, maruah bangsa kita baiki,maufakat sebangsa kita tegakkan, raja di daulatkan, dan yang penting HUKUM ISLAM DITEGAKKAN dan MAHKAMAH ISLAM BERFUNGSI SECARA MENYELURUH. Allah akan bantu kita andai kita berserah diri padaNya.daulatkan undang2 islam untuk semua umat islam malaysia .rakyat sudah bersedia /jangan takut pada manusia tapi takut pada Allah.
ReplyDelete