26/11/2012

Singapura Mengamuk Selepas Dengar Doa Nik Razi?


@MyMassa ada keluarkan maklumat tentang betapa munafiknya orang-orang PAS yang mengaminkan doa kehancuran sesama Islam tempohari. Keris ada bersembang dengan beberapa orang Singapura yang bekerja di Malaysia.

Mereka kata orang PAS ada sebut pasal Singapura dan mereka kata, orang Cina di Malaysia tidak patut undi PAS kerana PAS mengecam Singapura dalam doa mereka. Tak tahulah Keris nak kata apa namun kita tahu kaum cina khususnya sudah sedar ekonomi negara telah dipacu dengan baiknya oleh Perdana Menteri. 

Undilah BN! Mari baca apa MyMassa tulis :



Terbukti sudah Pas adalah sebuah Parti Munafik. Selama ini, pemimpin-pemimpin PAS menggunakan politik talam dua muka. Isu doa kehancuran UMNO oleh PAS telah menelanjangkan lagi wajah sebenar kemunafikan parti yang menggunakan nama Islam hanya untuk kepentingan politik.

Dalam doa yang dibacakan oleh adik kepada Mursyidal Am PAS, Nik Razi menuduh UMNO menjual aset negara kepada Singapura dengan mengambil contoh Pulau Batu Putih. Adakah Nik Razi sudah nyanyuk atau tidak mampu berfikir dengan baik? Inilah akibatnya jika malas membaca.(isu Pulau Batu selanjutnya di sini). Pemimpin keras kepala, pendapat proffesional ahli dalam PAS sendiri mengenai isu Lynas juga ditolak mentah-mentah.

Tidak ada isu penjualan Pulau Batu Putih ini. MyMassa fikir Nik Razi harus bertaubat kerana doanya itu juga boleh dikategorikan sebagai fitnah! Apabila mengaitkan Singapura, Nik Razi tidak sedar abangnya, Nik Aziz Nik Mat berkawan baik dengan Lee Kuan Yew, Pengasas Parti Sosialis PAP. Kasihan Nik Aziz, Tembelang talam dua muka PAS dipecahkan oleh adik sendiri!


Apa yang MyMassa ingin katakan, ternyata doa Nik Razi menghancurkan UMNO sebenarnya telah berbalik kepada PAS sendiri. Satu persatu pekung mereka terbuka. Rakyat Malaysia akhirnya melihat wajah sebenar PAS yang buruk lagi menjelikkan. Orang-orang Melayu khususnya telah sedar PAS adalah sebuah parti yang membawa perpecahan kepada kaum Melayu. Tidak hairanlah lakonan mereka ibarat pelakon lima bintang apabila bersemuka dengan rakyat.

K7L : Pelik betul doa dorang ni..main bedal je..asal nampak sedih..ceh!..

1 ulasan:

  1. merbah desa sgt27 November 2012 00:14

    mungkin juga ini hasil dari solat hajat pas.dalam pada memohon hendak menghancurkan umno,rahsia buruk dan kotor dia yang terbongkar.sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk