Realiti yang dapat diterjemahkan melalui kata-katanya bahawa ‘tiada krisis air, air mentah cukup sebab hujan banyak tetapi yang ada masalah adalah tidak cukup air terawat’. Terperangkap dengan kenyataannya sendiri, bukankah tidak cukup air terawat itu adalah isu utama #IsuAirSgor?
Susah Keris nak terangkan apabila orang yang mahu berhujah dan menerangkan kepada rakyat tentang isu air yang sebenarnya tidak faham dan hadam isu tersebut.
Cuba nak jadi hero dalam isu ini tetapi apa yang dihamburkan pun dia tidak faham.
Azmin kata “ Empangan Klang Gate di Gombak, tengahari tiada hujan pun banjir”. Ini adalah kenyataan tidak cukup fakta daripada Azmin sebenarnya. Empangan Klang Gate adalah dwifungsi :
- Menyalurkan bekalan air mentah untuk dirawat –dibawah operasi Puncak Niaga Sendirian Berhad
- Militgasi air oleh Jabatan Pengairan dan Saliran
Kerana air akan mengalir dengan banyak daripada hulu, jika empangan penuh maka ia dilepaskan. Takkan mahu tunggu hujan baru nak lepaskan air? Keris Nampak Azmin hanya juara bercakap tetapi ikut sedap mulut sahaja.
Ini merupakan sebahagian daripada projek Militigasi air SMART Tunnel. SMART Tunnel Flood Mitigitation dilaksanakan untuk mengelak daripada banjir besar. Itu baru yang pertama dia kantoi. Yang kedua pula adalah dia kata tiada krisis air tetapi ada masalah air terawat dan mereka salahkan SYABAS secara total.
Kalau ada masalah dengan air terawat, itu bermakna wujudlah krisis air di Selangor! Dia salahkan SYABAS walhal Kerajaan Negeri Selangor juga merupakan pemegang saham sebanyak 30% didalam SYABAS melalui :
1. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (15%)
2. Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (15%)
Nak kata SYABAS tak cekap bermakna Kerajaan Negeri Selangor turut tidak cekap! Sebab mereka ada kuasa untuk meyuarakan pandangan didalam Board Meeting. Masalahnya lagi adalah Azmin dah tahu air terawat tidak cukup, mengapa kerajaan Negeri Selangor tidak luluskan pembinaan #Langat2?
Bukankah pembinaan #Langat2 merupakan langkah terbaik dan menguntungkan rakyat? Soalnya Azmin tahu air terawat tidak cukup tetapi Loji Rawatan Air #Langat2 pula yang disekat. Azmin juga tahu Kerajaan Negeri Selangor datang dengan idea Teknologi Membran yang datang dengan kos tinggi serta bukan untuk pelan jangka masa panjang. Siapa yang berdolak-dalik dalam perkara ini? Mengapa Azmin tidak beritahu tentang projek Teknologi Membran yang mahal?
Satu lagi ia berkaitan dengan penstruktusan semula air, Nampak seperti Kerajaan Negeri Selangor tidak melihat #IsuAirSgor sebagai isu utama. ‘Priority for Rakyat’ tidak dilaksanakan dalam gerak kerja mereka yang ternyata lembab dan lebih kepada mencari keuntungan.
Banyak yang Azmin tak cerita. Isunya mudah, tidak perlu gunakan Teknologi Membran yang memakan masa untuk dikaji, kos yang tinggi serta tidak praktikal untuk jangka masa panjang. Keris menerima untuk penstrukturan semula air tetapi #Langat2 harus dibina segera.
48 bulan bukan sekejap dan isu air semakin meruncing. Apa yang boleh disimpulkan adalah Azmin Ali tidak faham isu air tetapi cuba menjuarainya untuk mengaburi mata rakyat Selangor.
K7L : Fakta tetap fakta..ini bukan isu politik..tetapi isu rakyat!
0 ulasan:
Post a Comment