03/11/2012

#BNYCT Menyerang Putrajaya Dengan Tabur Borang Di Putrajaya?




Keris baca di blog BNYCT tentang mereka yang sudah mula bergerak dalam menyahut seruan PM serta Ketua Pemuda Malaysia untuk mengedarkan borang BR1M. Tanhiah Tun Faisal dan team BNYCT.


PUTRAJAYA, 1 November - Bagi menjayakan hasrat dan amanat YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Ketua Pemuda Barisan Nasional YB Khairy Jamaluddin, sukarelawan BNYCT dengan kerjasama Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) telah mengedarkan borang wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) di sekitar kompleks beli-belah Alamanda, yang terletak di Putrajaya semalam.

Usaha yang melibatkan seramai 140 orang yang terdiri daripada sukarelawan BNYCT dan para belia sekitar Putrajaya telah bertindak mendekati serta menyerahkan borang BR1M 2.0 bagi memastikan hasrat kerajaan untuk membantu golongan rakyat berpendapatan rendah berjaya dicapai sekaligus mendekati golongan belia yang berkunjung di sana.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jumaat yang lalu telah mengumumkan pelaksanaan program BR1M 2.0, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion yang akan mula dibayar awal tahun depan itu dijangka akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang di seluruh pelusuk negeri.


BR1M 2.0 yang diperluaskan kepada individu bujang yang berusia 21 tahun ke atas tidak melibatkan mereka yang masih menuntut di universiti kerana golongan penuntut institusi pengajian tinggi diberikan baucer buku bernilai RM250 yang mana seseorang individu tidak boleh memohon kedua-dua bantuan sekaligus.

Pengedaran borang BR1M 2.0 semalam turut diselitkan dengan acara perlawanan boling di antara BNYCT dan MBPKj dan turut dijayakan oleh Pengerusi BNYCT sendiri iaitu Saudara Tun Faisal Ismail Bin Aziz.

Permohonan BR1M 2.0 juga boleh dibuat melalui talian online di laman : https://ebr1m.hasil.gov.my/

K7L : Keris tak ambil kerana rasa ada ramai yang lebih memerlukan berbanding diri ini..semoga mereka yang memerlukan mendapat BR1M tersebut..jangan ikut perangai budak PAS! Ada duit pun nak sapu jugak!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk