17/08/2011

100 Dalil Mengapa DAP Wajib Ditolak! Siri 5

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t




Ini adalah bahagian ke-5. Artikel khas "100 Dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak".

Sepanjang artikel ini dihasilkan ada yang bertanya, dari mana dapat maklumat ini.? Keris hanya menjawab dalil ini dikumpul oleh para bloggers dari hasil pemerhatian yang dilakukan selama bertahun-tahun di atas segala tindak-tanduk dan gerak-geri pemimpin DAP.

Artikel ini bukan fitnah. Jika hendak sangkal, sila sangkal segala fakta, tarikh dan kenyataan yang kami berikan. Tanyalah kepada pemimpin-pemimpin DAP pernah atau tidak, di tarikh-tarikh yang dinyatakan mereka mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Ikuti lagi 10 fakta untuk bahagian ke-5 :

41) Lim Kit Siang dan Karpal Singh membela Namawee habis - habisan dengan mengatakan " Is the three minutes video by rapper Wee seditious? I would say no"  Kenyataan Kit Siang dalam The Malaysian Insider pada 4 september 2010. Pada 5 September pula Karpal Singh berkata Namawee tidak sepatutnya ditahan di bawah Akta Hasutan kerana bertindak menghasilkan video berunsur provokasi. Jelas DAP membela habis-habisan Namawee walaupun pemuda ini terang-terangan bersifat rasis!

42) Pada 27 Mei 2008 Kit Siang cuba memansuhkan perkataan "Ketuanan Melayu" dan menggantikannya dengan "Ketuanan Malaysia" yang kononnya lebih adil, tetapi selari dengan agenda Malaysia Malaysian yang dimahukan oleh DAP. Ini lagi satu bukti Kit Siang anti MELAYU.

43) Pada 1 Julai 2010 sebanyak 16 buah rumah orang Melayu di Pokok Asam Pulau Pinang dirobohkan untuk dibina kediaman bernilai RM800,000 sebuah. Setiap satu lot yang dirobohkan diberi pampasan hanya RM75,000, sedangkan setiap satu lot ada tiga buah keluarga. Sejumlah 200 orang menjadi mangsa. Tidak cukup dengan itu Kafe Do Re Mi dan Medan Ikan Bakar Gold Coast juga dirobohkan. Tindakan terancang DAP mengusir orang Melayu.

44) Pada 10 Ogos 2010 peniaga bazar dilarang untuk berniaga di kawasan bangunan KOMTAR oleh kerajaan DAP. DAP halang orang Islam berniaga pada bulan Ramadhan, tetapi peniaga cina dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

45) Penduduk Kg.Buah Pala marah Lim Guan Eng "Adakah permintaan itu banyak sangat? Jika Lim tidak dapat melakukan ini untuk rakyat yang mengundi mereka, maka Lim harus letak jawatan dan balik ke negeri Melaka". Kata seorang penduduk Kg. Buah Pala  Mereka marah kerana Lim Guan Eng tidak mahu melayan akan permintaan agar tanah 23 buah keluarga tidak diambil pemaju. Guan Eng sekali lagi menipu penduduk di kawasan tersebut. Ketika kempen PRU 12. Mereka BERJANJI untuk menyelamatkan Kg.Buah Pala. Tapi selepas memerintah rayuan penduduk India tidak di ambil peduli oleh Lim Guan Eng.

46) Pada 15 Oktober 2010 selepas solat Jumaat, penduduk mengadakan demo untuk menuntut hak lot 21/22 tanah kubur orang Islam supaya tidak dimajukan. Namun kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak sedikit pun memperdulikan rayuan berkenaan walaupun ada penduduk yang menghalang kereta yang dinaiki oleh Lim Guan Eng dan merayu kepadanya. DAP RAMPAS TANAH KUBUR ORANG ISLAM UNTUK KRONI!

47) Pada 16 Februari 2009 seramai 80 peniaga di Batu Ferringhi menerima notis dari kerajaan DAP Pulau Pinang untuk merobohkan perniagaan mereka yang diusahakan sejak 30 tahun. DAP usir peniaga Melayu keluar dari Pulau.

48) Pada 15 Ogos 2010 kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanahseluas 81 hektar di Pondek Opeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina Kampus Universiti NANYANG. DAP halau orang Melayu semata-mata ingin membina cawangan Universiti dari Singapura. Bukti Jelas DAP cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai "Singapura Kedua".

49) Lim Kit Siang dan Nga Kor Ming memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan Konvesyen DAP Perak di Ipoh pada 29 November 2009. Guan Eng langkah gambar wakil rakyat Melayu sambil berkata "They are too dirty to me even step on". Maksudnya wakil rakyat orang Melayu ini sangat kotor baginya.

50) Kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan pekeliling yang ditandatangani oleh barua mereka iaitu Timbalan Setiausaha Kerajaan Datuk Muhammad Yusoff Wazir untuk membatalkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Satu tindakan yang tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan Gerakan/BN.



Bersambung lagi...


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: makin hhari makin jijik dengan DAP..macamane ye PAS boleh bersama..demi kuasa..semua jadi halal ye?..kesian..

1 ulasan:

  1. Org melayu memijak dan membakar gambar Datok Harun ketika beliau bertanding atas tiket semangat 46, Tengku Razaleigh dipakaikan tengkolok kerana apa? Kelantan dibiarkan mundur, trengganu juga sebab apa? Kerana UMNO pejuang melayu di Setinggan Melayu sejati di Kuala Lumpur selama 54 tahun. Biar melayu lapar asalkan kita kenyang.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk