29/08/2011

PKR Pun Sudah Goyang Dengan DAP?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


PKR baru nak rasa terancam dengan DAP?. Baru tahu mereka ini sebenarnya memperkudakan kamu semua?. Tapi tipikal PR, kamu semua tidak akan mengatakan DAP salah. Dalam perkara ini pun pada akhirnya UMNO akan disalahkan. Keris tidak faham asalkan salah sahaja mesti UMNO sedangkan UMNO tidak masuk campur dalam urusan dalam kelambu mereka. 


DAP telah ditegur kerana meminta kerusi tambahan daripada rakannya dalam Pakatan Rakyat - PKR - untuk membolehkan calonnya dari kalangan orang Melayu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata pemimpin Melayu DAP yang membuat permintaan itu baru-baru ini, tidak bijak berbuat demikian, memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka tidak lama lagi.

Johari (kanan) berkata, dengan pilihan raya semakin dekat, beliau menasihatkan ahli jawatankuasa pusat DAP, Zulkifli Mohd Noor - yang membuat komen tersebut - supaya tidak 'mengeruhkan keadaan'.

Beliau menasihatkan DAP supaya tidak menjadi seperti Umno, yang didakwanya, menjadi besar kepala apabila mereka menang besar.



Untuk kenyataan berwarna merah. Keris ingin menjelaskan bahawa UMNO bukan besar kepala tetapi UMNO merupakan satu parti politik yang bertindak sebagai kepala kepada gabungan berdaftar yang diberi nama Barisan Nasional. Diulangi sekali lagi, BERDAFTAR!. Maka tiada isu tentang besar kepala atau tidak kerana kami tidak punya masalah dalaman seperti PR. Daftar dulu baru cakap anda adalah parti gabungan.

Kes perebutan kerusi diantara DAP dan PKR juga berlaku di Tenom, Sabah. Klik SINI untuk rujukan.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kalau pasal kerusi pon boleh berebut..memang tak layak memerintah Malaysia..TOLAK PR untuk PRU13!!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk