10/08/2011

Gambar : Apa Jadi Di London? Apa Kata Wayne Rooney?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t



Sepatutnya Keris ingin berhujah mengenai pendirian Dr Asri dimana Keris semakin sangsi dan keliru diatas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau rentetan isu kalimah Allah sehinggalah isu 'serbuan' ke atas gereja DMUC. Akibat kekangan waktu dan sedikit sibuk, malam nanti Keris akan berhujah mengenai beliau.

Dengan ini juga, Keris ingin berkongsi maklumat mengenai rusuhan di London yang sudah merebak ke bandar Croydon, Peckham dan Lewisham. Kekacauan yang berlaku di Tottenham, utara London tercetus selepas seorang lelaki terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis. Beberapa buah kereta peronda polis dan sebuah bas dua tingkat dibakar ketika beratus-ratus perusuh mengamuk di pekarangan balai polis di Tottenham High Road. Perusuh memecah masuk kedai-kedai di High Road melalui tingkap sebelum dilihat menolak troli yang penuh dengan muatan barangan curi. 

Untuk teladan buat rakyat Malaysia, inilah yang akan terjadi atau tercetus sekiranya sebarang perhimpunan aman tidak dikawal. Tidak mustahil Bershit boleh menjadi begini sekiranya polis tidak bertindak awal mengawal keadaan. Takkan dah jadi macam ini baru semua rakyat Malaysia sedar akan kelemahan perhimpunan beramai-ramai?. Teori-teori sama juga boleh digunakan terhadap perhimpunan di London ini. Anda boleh baca di SINI.

Ramai berkata pada Keris, jangan samakan Bershit dengan rusuhan di London tetapi jangan kita lupa, jika polis tidak menjumpai molotov cocktail dan beberapa senjata sebelum perhimpunan tersebut, tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kesan kepada rusuhan ini, perlawanan bola sepak diantara England dan Belanda terpaksa dibatalkan (tidak mengapa sebab Keris penyokong Pasukan Italy selain daripada Harimau Malaya). Ini komen dua orang pemain England yang Keris ikut di laman twitter. Jelas Wayne Rooney dan Rio Rashid Rio Ferdinand kecewa dengan rusuhan tersebut.



Mereka juga berasa kesal diatas rusuhan tersebut kerana ia bukan sahaja menjejaskan nama baik Britain, malahan negara mereka berada dalam keadaan yang tidak aman. Ini kah misi sebenar yang dikejar oleh Nuar beraim melalui Bersih?. Jika benar maka beliau tidak layak menjadi pemimpin!. Keris sudah bosan dengan perancangan beliau untuk menghancurkan Malaysia serta memburukkan nama Malaysia di luar negara.

Berikut adalah gambar yang dipetik daripada  sumber Huffington Post , Daily Mail dan BBC :



Bersyukurlah Malaysia ini aman di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional!


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Ya Allah Ar-Rahman Ar-Rahim, jadikanlah Malaysia ini negara yang aman, dan berikanlah kami rezeki dan jauhkanlah kami dari manusia-manusia yang inginkan kehancuran. Hanya padamu kami berserah. Amin

4 ulasan:

  1. Tu dia, Britain sebok jaga tepi kain negara lain, negara sendiri tak terjaga. Padan muka.

    ReplyDelete
  2. haaa..taw xpe..kt malaysia ni aman..untung lah dok malaysia bro..

    ReplyDelete
  3. sebenarnya protest nie sebagai memprotest apa erk?
    kenapa englishmen beriya2 berprotest sampai cmnie?

    ReplyDelete
  4. protes sbb polis tertembak mati seorang pemandu teksi..plus bila ada org manipulasi keadaan..tu bleh cetuskan huru hara..teori mcmna boleh wujud rusuhan ada link dia kt atas..cube bro check//

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk